Sebelum subuh lagi alarm nya sudah berbunyi.. Aniq yang sudah terjaga dek kerana bunyi yang membingitkan itu, memperbetulkan posisi tidurnya.. teringatkan peristiwa manis semalam, bibirnya menguntum senyum manis.. tangan kirinya menggagau mencari tubuh Adreena namun dia tiada di situ
Aniq bingkas bangun.. mahu mencari ke mana perginya Adreena.. setelah memeriksa bilik Adreena dan biliknya, Aniq turun ke bawah pula.. dahi masih lagi berkerut... entah kemana pula isterinya pagi-pagi begini
"Sayang" panggil Aniq.. namun apabila dia melihat lampu dapur yang terang-benderang itu membuatkan pipinya naik semula
Adreena yang berada di dapur itu jadi cemas.. tak kena gaya Adreena dibuatnya.. dah macam monyet.. dia jadi kaku dan statik apabila dia dapat dengar derapan kaki yang mendekatinya.. sudahnya, dia cuma terus mengacau sahaja sudu didalam cawannya yang berisi air milo itu.. bibirnya mahu sahaja menyahut panggilan Aniq, tapi dia malu sangat sekarang ni!! dahlah semalam dia buat onar.. jadi perahu yang mencari timba.. tak malu lah kau ni Adreena!!
"Sayang, kenapa tinggal suami awak? saya bangun tadi, tinggal saya sorang kat atas katil kita" Aniq memeluk Adreena dari belakang.. dagunya jatuh pada bahu kiri Adreena.. senyum semakin melebar apabila dia perasan yang Adreena cuma mengenakan baju kemeja putihnya sahaja
Mendengarkan suara manja itu mengadu padanya.. kakinya rasa longlai.. kalau dia boleh skru, memang dia cari jugak jam 5 pagi ni.. skru sikit kakinya dan otaknya yang lemah semacam ni.. sungguh, Adreena cair sangat sekarang ini.. bibirnya menguntum senyum.. memang automatik gamaknya kalau dengan suaminya ni! Haish!!
"Hmm? mana ada lah.. Ad cuma.. dahaga.. tu je" harap Aniq terima lah jawapannya itu.. sebab mati hidup balik pun, dia takkan mengaku yang dia malu.. sebenarnya, nak berhadapan dengan Aniq pun dia tak mampu sekarang ni!
Semakin berbunga hati Aniq apabila Adreena membahasakan dirinya sebagai nama manja yang seluruh keluarganya gunakan
"Ya ke? jap Aniq tengok muka sayang dulu" setelah memusingkan badan Adreena, Aniq meletakkan tangannya di meja itu.. mengunci Adreena dalam posisi itu supaya dia dapat mendapat jawapan yang benar.. dia tahu Adreena menipu sebentar tadi.. sebab dia dapat rasa yang Adreena teragak-agak
"Aniq!" jeritan kecil itu terlepas di bibir merah Adreena.. mukanya ditutup dengan kedua-dua belah tangannya.. namun dia terlambat.. sebab Aniq sudah berjaya melihat pipi Adreena berona merah
"Let me guess, sayang malu ya?" dia yakin, jawapannya pasti benar.. dah terlalu arif dengan sikap Adreena
"Mana ada!!" cepat-cepat Adreena menafikan itu.. macam mana pulak jebon handsome ni boleh tahu pulak isi hati aku.. keturunan nujum pak belalang ke apa?
Aniq ketawa lepas.. sah jawapannya betul! ada hati nak tipu suami sendiri.. dia ingat kita ni kenal dia baru semalam ke? dah hampir sedekad kut kita kenal, sayang.. awak je yang tak ingat
"Buat apa nak malu? kita memang suami isteri kan? benda tu normal" Aniq masih dalam mood mengusik.. seronok lah tengok Adreena malu sampai tahap begini.. ni memang malu paling kronik yang dia pernah saksikan.. sampai ke telinga sekali merah!
"Hmm, ya ke?" Adreena gigit bibir.. entah apa-apa lah jawapan yang keluar dari mulut dia ni.. rasa nak terjun dalam lombong je.. matanya menunduk.. hanya memandang tubuh Aniq sahaja
"Hmm? Ya lah, sayang" jawab Aniq pula
Sebelah tangannya naik memaut dagu Adreena..tak puas rasanya melihat wajah Adreena.. dan apabila Adreena melarikan anak matanya, Aniq senyum sehingga menampakkan barisan giginya
"Adreena Aqyra.." panggil Aniq.. dia mahu Adreena melihat matanya saat dia mengucapkan itu.. tubuh Adreena diangkat ke atas table top yang luas itu.. rambut Adreena diselip ke telinganya
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
