-Seminggu yang lepas-
Aniq melarikan pandangan.. dia langsung tak menatap mata Stephen yang mencerlung kepadanya.. macam mana pulak tempat kerjanya boleh diketahui oleh Stephen?
"Kau upah orang cari aku kan?" soal Aniq
"Woi IQ kau tahap berapa sebenarnya sampai lepas jadi doktor ni? kau fikir aku nak buang duit untuk kau?" jawab Stephen pantas.. rasa nak taji je orang yang perasan main character macam Andy
"Mana kau tahu aku kerja HKL?" alangkah terkejutnya apabila Stephen datang untuk bertemunya tadi
"Kebetulan aku pernah terserempak kau kat sini minggu lepas" jawab Stephen
Tak sangka pula demamnya tempoh hari membawa satu makna.. kebetulan yang tak disangka-sangka
"Hmm.. so why are you here?" Aniq mula serius.. dia tahu, Stephen takkan datang tanpa apa-apa kemahuan
"Betul ke kau dah kahwin?" soalan itu sengaja dia tanya
Dia nampak ada cincin yang tersarung di jadi lelaki itu.. ingatkan Andy tak mahu kahwin selepas konfliknya dengan wanita itu 10 tahun lepas
Aniq sedikit tersentak.. dia mengalih pandangannya.. dia berkahwin tanpa pengetahuan keluarga sendiri.. teruknya
"Ya" jawabnya ringkas.. apa gunanya kalau dia berselindung sekalipun?
"Dengan Adriana?" dia tak dapat nak fikir jawapan lain.. walaupun mereka tidak rapat, Stephen tahu Andy bagaimana orangnya.. Andy pasti masih menyukai wanita yang sama itu lagi
"My wife, Adreena" tegasnya.. tak suka jika ada yang salah menyebut nama isterinya
Stephen mencebik
Tch, poyo
"By the way, I'm here to give you something-" Andy mengeluarkan kad jemputan berwarna hitam baldu itu
"I'm proposing Anvaya, and she agreed" sambungnya lagi
"Good for you then" dia meneliti kad tersebut lama
Kahwin juga mereka akhirnya.. dah lama dah dia doakan mereka berdua bertemu jodoh.. sebab dia tahu sudah lama Stephen sukakan Anvaya.. tu pun sebab dia curi curi tengok dompet Stephen.. sebab itu juga dahulu dia tak mahu beritanya menyukai Anvaya tersebar ke mana-mana.. sebab dia tak mahu tambah konflik lagi.. tak mahu mengeruhkan lagi hubungan adik-beradik yang sedia keruh itu
"Aren't you coming?"
"Haha lawak" Aniq senyum sinis
Macamlah Stephen tak tahu betapa Mommy bencikan dirinya.. dan memang Stephen pun yang jadi saksi dia dihalau rumah.. ada hati lagi nak buat lawak? nasib baik kat public, kalau tak lama dah lebam muka Stephen dia kerjakan
"Aku tak buat lawak.. bila kau nak berbaik dengan Mommy?"
"Kau nak suruh dia parang aku ke apa? nak merosakkan majlis sendiri?"
"Mommy tu bukan makin muda tau, makin tua.. dia patut tahu dia dah ada menantu perempuan-"
"And I bet you don't tell Adreena about all of this, right?" Stephen mengangkat satu keningnya
Aniq bungkam.. dia terperangkap dengan soalan Stephen.. boleh sesak nafasnya memikirkan jawapan yang sesuai sebab dia sendiri buntu
"Dia tak tahu pun aku siapa" jawab Aniq perlahan.. entah kenapa dia rasa hendak bercerita tentang rahsianya itu.. mungkin penat menyimpan rasa bersalah sendiri
"Kau suka kan buat benda makin complicated, Andy" kutuk Stephen.. dia tak faham dengan abangnya sendiri
"It's Aniq" Aniq memperbetulkan salah Stephen
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
