Bab 45

12 0 0
                                        

Mereka berhenti disebuah kediaman mewah yang Adreena belum pernah jejakkan kaki lagi.. sekeliling rumah diperhatikan dengan rasa kagum, namun dia cuba mengawalnya.. rumah itu dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden dan terkini, sungguh jauh berbeza dengan rumah mereka dahulu

 rumah itu dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden dan terkini, sungguh jauh berbeza dengan rumah mereka dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Adreena Aqyra.. where are you going?" Aniq segera menarik lengan Adreena apabila wanita itu bergerak ke arah bertentangan dengannya

"Ish, apa awak ni?" segera Adreena menepisnya sebelum Aniq dijeling tajam

"Jangan cuba cuba nak lari, kalau hilang nanti saya yang susah" Aniq memberi amaran.. kawasan disini asing bagi mereka berdua, jadi ada baiknya dia berpesan sebelum Adreena bertindak tanpa berfikir

"Cuba guna otak tu sebelum bercakap, macam mana nak lari dalam keadaan saya macam ni?" Adreena menunjukkan perutnya.. bengang dengan sikap Aniq yang tak habis habis membebel dari tadi

Takkanlah nak lari kut? kenderaan pun tak ada! silap hari bulan, dia sendiri yang sesat! tak memasal keluar dalam berita TV3, buat malu je!

Aniq malu sendiri.. dia mendengus perlahan sebelum menjauhi Adreena

"Eh kejap, awak.. rumah siapa ni?" soalan diaju pada Aniq yang sedang memperbetulkan urat.. mungkin kerana badannya yang terasa sakit kerana memandu sejauh itu agaknya

"Tak payah banyak tanya" ucapnya kasar seraya meninggalkan Adreena dibawah

Entah kenapa, bicara Adreena yang lembut itu seakan mengejeknya.. tadi marah sangat kan?

Adreena memandang Aniq yang sudah menaiki lif itu.. langsung tak menoleh kebelakang.. Adreena cuma menggeleng dengan perasaan sesal.. kalau tahu, baik aku lari masa dekat RNR tadi!

"Lah? emosi! dia yang paksa aku datang sini, dia pulak yang nak marah marah"
bebel Adreena sambil meletakkan beg tangannya diruang tamu

Dia terpinga-pinga sendiri.. melihat keliling rumah sebelum dia terduduk di sofa dek kerana kepenatan

Usai menunaikan solat maghrib, Aniq bertafakur diatas sejadah.. harini dia benar benar diuji dengan kesabaran, dan hampir sahaja dia kalah dengan hasutan syaitan

Terdera perasaan, mental serta fizikalnya.. sungguh lain dari apa yang diharap dan dibayangkan olehnya saat dia dipertemukan dengan Adreena.. sejujurnya, dia masih marah pada Adreena.. seakan rasa hormat pada suami itu hilang sepenuhnya.. dia seperti langsung tiada tempat dihati Adreena

Ya, dia sungguh kecewa.. tak pernah dia bayangkan Adreena sanggup memperlakukannya seperti itu.. namun, apakan daya, dia turut bersalah dalam hal ini.. dia sedar, dia sepatutnya jujur tentang siapa dirinya yang sebenar.. dari awal lagi perkahwinan mereka patut terbina atas dasar kejujuran

"Astaghfirullahaladzim" dia beristighfar beberapa kali.. cuba mententeramkan hati yang masih lagi diselebungi pelbagai rasa yang mengasak fikiran

Bukan ke kau siang malam pagi petang berdoa supaya dapat bersatu semula dengan Adreena? Allah dah jawab doa kau, bersyukurlah

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now