Bab 54

8 0 0
                                        

Setiap hari ada saja kata makian yang meniti di bibirnya.. tak cukup di tempat kerja, terkadang Adreena yang tak ada kena mengena terkena tempiasnya.. semuanya gara-gara stress di tempat kerja.. tiap masa dia sibuk.. lebih-lebih lagi apabila Anvaya kini sudah tidak lagi dipejabat untuk membantunya.. maklumlah, orang tu pun tengah sibuk jaga bayi

"Keluar!!" Jeritan bergema.. masing-masing memandang sesama sendiri.. takut melihat majikannya yang sudah menyinga kerana kesalahan mereka sendiri.. tiada siapa pun berani bersuara tatkala itu

Aniq memicit dahinya.. sekali lagi suaranya naik apabila tiada siapa pun yang berganjak.. apabila pintu itu tertutup rapat, baru lah dia bersandar semula di kerusinya.. nafas diatur semula.. cuba mengawal emosi dan amarahnya yang masih tersisa

Ting!

Notifikasi yang berbunyi membuatkan Aniq mencapai telefon yang ada di atas meja.. kotak mesej dari sang isteri dibuka.. dia membaca pesanan ringkas itu lama sebelum mendengus perlahan

'Awak.. balik awal sikit tau.. saya masak special.. kita makan sekali okay?'

Tanpa membalas, dia meletakkan telefon.. kejadian malam itu berlayar semula diminda.. hampir sahaja dia capai kunci kereta untuk mencari Adreena yang tidak menjawab panggilannya.. tepat jam 11 malam, kereta Fiyadh terparkir elok dihadapan rumah mereka.. dan tepat dugaannya.. Adreena dihantar oleh Fiyadh.. buat penat sahaja dia berjaga kerana risaukan Adreena yang pulang agak lewat malam itu.. rupanya sedang asyik beradu kasih!!

Entah apa yang mereka berdua buat sebenarnya.. atau makan malam keluarga tu cuma alasan sahaja sebenarnya.. Aniq sendiri tak pasti

Melalui curi-curi pandang dari tingkap, dia dapat saksikan Fiyadh dan Adreena bergelak ketawa.. siap bantu Adreena bawak kotak lagi.. dari jauh, Aniq tahu mereka saling bergurau malam itu.. demi Tuhan, dia mahu sahaja mengamuk di depan mereka berdua, namun ditahan sahaja amarahnya itu.. sudahnya langsir itu ditutup rapat.. tak sanggup lagi hendak menyaksikannya lagi

Hatinya disimbah perasaan cemburu yang membuak-buak.. sehinggakan keesokan harinya, dia tidur di pejabat sahaja.. langsung tak pulang dan update pada Adreena.. hampir 2 hari juga dia lancar perang bisu.. apa sahaja yang Adreena cakap, dia akan diam sahaja

Entah sampai bila lah dia boleh bertahan begini?
__

Adreena melepaskan keluhan.. sekarang pun sudah hampir jam 4 petang.. mesej tengahari tadi pun langsung tak dibalas.. takkanlah terlampau sibuk sampai mesej pun tak boleh nak balas.. tak sempat balas atau tak mahu balas?

Laju dia menggeleng.. tak baik Adreena buruk sangka pada suami.. entah-entah, dia betul-betul tak dapat nak balas.. hatinya tiba-tiba sahaja dipagut kerisauan.. agaknya, ada perkara buruk terjadi kah pada suaminya itu?

Butang call dipandang lama.. takut jikalau dia pandai pandai buat panggilan, Aniq marah-marah pula.. maklumlah, terkadang lelaki itu sedang berjumpa klien atau dalam meeting.. tapi hatinya sudah mula rasa tak sedap.. dia risaukan keadaan Aniq sebenarnya

Telefon melekat ditelinga.. resah menunggu lelaki itu menjawab panggilannya.. tak sampai beberapa minit, panggilan terjawab.. Adreena tersenyum lega.. syukur Aniq berada dalam keadaan selamat

"Assalamualaikum awak" nadanya ceria.. teruja apabila Aniq menjawab panggilannya

"Hm" Aniq yang disana hanya menjawab sepatah

Adreena mengerutkan kening.. dia dapat rasakan Aniq dalam mood tak baik.. mungkin ada sesuatu yang terjadi di tempat kerja agaknya

"Jawablah salam tu dulu.. tak baik tau" dia cuba bergurau

"Kau nak perli aku ke apa?" jerkah Aniq pula.. dari sini pun dia boleh dengar lelaki itu sedang mendengus

"Bukan macam tu lah" suara Adreena sudah mula mengendur

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now