Bab 47

8 0 0
                                        

Aniq tak membalas malah dia berjalan masuk ke dalam biliknya.. segera Adreena mengatur langkah.. laju derapan jantungnya kerana takut.. takut jika Aniq sudah berfikir yang bukan-bukan

Dia berhenti di meja solek.. menatap wajahnya sendiri di dalam cermin.. Adreena pula berdebar menunggu jawapan lelaki itu.. hatinya tak senang jika Aniq memikirkan yang bukan-bukan sedangkan tiada apa-apa pun yang terjadi

"Awak marahkan saya? saya terima.. awak berjauh hati, layan saya macam saya ni bukan suami awak.. tak hormat saya.. ya, saya terima Adreena.. anything for you to love me back.. saya telan semuanya.. kedinginan awak, sikap kasar awak.. saya sanggup sabar dan tunggu walaupun berapa lama sekalipun.. sebab saya.." suaranya pecah sedikit

"Saya cintakan awak, Adreena Aqyra.. tapi, awak pilih untuk khianati cinta saya" Aniq menangis.. jelas matanya berkaca saat mengucapkan itu.. seketika Adreena terasa hatinya dikoyak

"Awak rasa saya curang?" soalnya ketakutan

"If you're thinking of getting revenge, well congratulations.. you've hurt me" ucapnya seperti mengejek Adreena yang sudahpun hampir menangis itu

Aniq yang baru sahaja hendak membuka almari itu segera dia tahan.. lengan Aniq dipeluk erat.. tubir mata mula terasa panas.. dia risau, dia takut.. takut dengan tuduhan tuduhan salah di fikiran Aniq

"Awak, dengar penjelasan saya dulu" pujuknya

"Lepas, Adreena" melihat Adreena yang mula menangis, hatinya mula rasa bersalah semula.. tetapi dia tetap cuba berkeras hati

"Awak salah faham.. saya takde apa apa hubungan pun dengan Fiyadh, percayalah" rayu Adreena

"Mulai hari ini, saya takkan halang semua yang awak nak buat.. buatlah sesuka hati awak tentang hubungan kita" lengan Adreena dilepaskan dari pautan.. dia menuju ke bilik tetamu.. membiarkan Adreena sendiri disitu dan menangis sepuasnya

"Aniq.. saya taknak" teresak-esak dia menangis, namun langsung tak dipedulikan Aniq

Hilang semua amarah, terbang segala dendam di hati.. baru kali ini, dia takut.. takut jika dia mungkin kehilangan suaminya.. memikirkannya sahaja Adreena rasa tidak sanggup

Apa benar kata semua orang bahawa dihatinya masih ada rasa cinta yang bersisa?

##

Hari-hari seterusnya buat Adreena terasa dia hidup dirumah berhantu sahaja.. senyap dan sunyi.. Aniq pulang awal sejak dia hamil, namun dirinya dibuat seperti tidak wujud.. Aniq tidak menyapanya seperti biasa.. dan Aniq tak lagi tidur dibilik mereka.. sedingin-dingin fiil yang Adreena tunjukkan selama ini, lebih dingin lagi layanan Aniq terhadapnya sekarang

Jam 10 pagi, Adreena sudah bersilat didapur kerana kebiasaannya dia akan makan tengahari jam 12 pagi.. sejak perutnya semakin besar, Adreena sering kelaparan.. mungkin sebab berbadan dua agaknya.. dan dia asyik craving benda manis sahaja.. 24 jam tak kira masa

"Assalamualaikum, sayang" entah dari mana, Aniq datang dan mencium pipinya

"Eh-" kerana terlalu kaku, Adreena hanya membiarkan perbuatan itu.. matanya membulat melihat kemesraan Aniq

Aniq tersenyum kecil.. dia mencapai tangan Adreena sebelum memimpinnya menuju ke ruang tamu.. dipertengahan jalan, Adreena menepuk lengan Aniq.. dia baru tersedar perbuatan aneh Aniq.. bukankah mereka sedang bergaduh?

"Awak?" dahinya berkerut seribu.. buang tebiat ke Aniq ni

Panggilannya dibiarkan tergantung begitu sahaja sehinggalah mereka berhadapan dengan seorang sosok yang agak asing dimata Adreena.. berkerut dahinya melihat wajah itu tenungnya macam nak terkam

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now