Bab 44

10 0 0
                                        

Usai selesai berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat, dia menunggu di hadapan farmasi.. belum sempat dia menghantar mesej ringkas pada Fiyadh, lelaki itu terlebih dahulu memunculkan diri di hadapan mata.. Adreena tergelak kecil dengan gelagat Fiyadh.. lelaki itu selalu bersikap terlebih sudu daripada kuah

 lelaki itu selalu bersikap terlebih sudu daripada kuah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kan saya dah cakap, tunggu dalam kereta je.. yang awak turun buat apa?" Adreena mula membebel.. dia tak suka Fiyadh terlalu manjakan dia walaupun sebagai seorang kawan rapat

"Awak tu pregnant, kalau apa-apa jadi macam mana?" balas Fiyadh.. wajahnya yang santai mula berubah serius

"Awak lupa ke kita kat klinik? ada berpuluh orang lagi boleh bantu saya kalau saya tersembam ke pengsan ke" Adreena masih tergelak melihat muka masam Fiyadh.

Alahai, sayang.. uncle Fiyadh ni memang over protective la.. stress betul ibu

"Yelah.. cakap dengan awak memang takkan menang kan" dia mengalah.. kalau berperang mulut dengan Adreena memang takkan habis lah jawabnya

"Tau takpe" Adreena bermain kening

"Jom.. kita singgah makan pastu saya hantar awak balik" Dia menilik jam tangan.. sudah menunjukkan jam 2 petang.. patut perut gelora macam kat laut cina selatan.

"Layankan jela uncle Fiyadh ni eh? lapar lah pulak dia" Adreena mengusap perutnya.. kandungannya kini sudah mencecah hampir 5 bulan

"Ye ah.. ibu dah heret uncle, ibu belanja makan" matanya turut berlabuh diperut Adreena yang sudah mula menampakkan bentuk.. tak sangka dia jadi saksi nyawa itu membesar diperut seorang wanita

Jujur dia kagum dengan insan yang digelar seorang ibu.. mengandung satu hal, bersalin pun lagi satu hal, membesarkan anak lagi.. memang besar pengorbanannya.. menjaga Adreena membuatkan dia semakin menghargai ibunya

"Uncle ni banyak merungut kan? kesian ibu kena layan dia hari hari" Adreena geleng kepala

"Oh, ibu awak tu suka cakap buruk pasal uncle eh? ish ish ish dasar-"

Puk

Pukulannya mendarat di lengan Fiyadh.. wajahnya mencerlung ke arah lelaki itu.. terpancar riak cuak pada wajah Fiyadh.. Adreena semakin geli hati melihatnya

"Jangan cakap benda tak elok dekat anak saya eh" dia harus sentiasa ingatkan Fiyadh kerana lelaki itu seringkali terlepas cakap

"Alamak sorry.. tak sengaja" laju bibirnya memohon ampun.. maaf kak long kawasan!

Saat itu bergema tawa Adreena.. syukur hidupnya ditemani seorang rakan yang baik seperti Fiyadh.. selain Lia, Fiyadh lah yang kini menjadi penyemangatnya untuk berjuang sebagai seorang bakal ibu.. tanpa suami di sisi, dia akui itu sangat berat.. apatah lagi apabila dia terpaksa uruskan semuanya sendiri.. mujur sahaja kedua-dua rakannya itu tidak

"Adreena" panggilan itu membuatkan senyumannya mati.. mana mungkin suara Aniq tak dapat dia cam, biarpun sudah beberapa purnama tidak bersua muka

Mata mereka bertentangan, sekilas dapat dia melihat figura lelaki itu.. segak seperti selalu, lebih-lebih lagi apabila dia mengenakan baju kemeja yang dilipat 3 suku

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now