Bab 25

10 0 0
                                        

Hampir seminggu juga Aniq perlu menjaga makan gara-gara kebodohannya tempoh hari.. gastrik bukannya boleh dibuat main, sekali dia datang memang teruk rasanya.. dan sepanjang seminggu itu jugalah Adreena yang menjaganya.. untung sangat bila dah kahwin, nanti sakit ada yang jaga betul tak?

"Yang awak sengih macam kerang busuk ni kenapa?" soal Adreena tak puas hati tengok Aniq gembira lain macam

"Suka hati saya lah.. nak berangan pun salah ke?" Aniq menjongketkan kening

"Tak salah tapi kalau nak nganga tolong tutup mulut tu, kang masuk lalat tambah lagi seminggu saya nak kena jaga.. jadi kes keracunan pulak" Adreena menjeling.. sengaja nak menyakitkan hati Aniq.. entah, sejak dua menjak ni dia suka sangat seloroh dengan Aniq.. reaksi lelaki itu memang boleh buat dia terkekek sebenarnya

Aniq mengembangkan hidungnya tanda menyampah manakala Adreena pula tergelak kuat.. kan dah cakap

"Harini awak masak apa?" Aniq angkat kening.. tak sabar untuk tahu menu hari ini sebab Adreena sudah berjanji yang dia akan masak sedap-sedap selepas Aniq kembali sihat.. dah seminggu berturut-turut dia makan bubur je, bosan.. walaupun sedap

Adreena masak memang sedap.. tak pasti kenapa selama dia berkahwin Adreena tak pernah show off bakatnya.. mungkin sebab tak sudi kut.. aduhai sakitnya hati

"Bubur lah, macam biasa" jawab Adreena

"Hah? lah.. kenapa awak masak bubur lagi?" wajahnya jelas kecewa

"Awak tak sihat lagi kan? tak payah nak berangan makan benda lain" bidas Adreena seraya berdiri dari duduknya

"Saya dah sihat lah" Ucapnya tak puas hati

"Sihat apa bendanya.. saya tengok awak terbaring je.. lembik je saya tengok" Adreena berpeluk tubuh

Aniq yang sedang elok baring terus duduk.. punya bersungguh nak buktikan diri tu sihat padahal lelaki itu selalu keluar masuk tandas gara-gara sakit perut.. ingat dia tak tahu ke?

"Tu sebab saya nak bermanja dengan awak, takkan tu pun tak faham" Aniq memuncungkan bibirnya

Adreena tersentap namun tidak melatah.. Aniq memang lain dari segala jenis karakter novel yang pernah dia baca.. lelaki itu langsung tak malu nak luahkan apa yang di dada.. tapi, entah ya entah tidak je mamat ni.. entah-entah mulut manis je lebih puih..

"Doktor Aniq, tak payah nak mengada.. berapa ramai pesakit yang awak rawat tu, yang setiap makan makanan tawar? elok je takde complain.. awak baru seminggu, dah buat perangai macam ni?" balas Adreena.. seronok melihat reaksi kecewa yang jelas terpampang di raut wajah Aniq

"Kalau taknak takpelah.. saya buang je lah bubur yang saya masak tu, awak taknak makan kan?" ucapnya seakan berjauh hati walhal sikit pun dia tak terasa hati.. saja guna taktik yang selalu diguna dalam novel

"No, okay okay.. I'm sorry, sayang.. tak, saya makan" cepat-cepat bibirnya memujuk sang isteri.. tangan Adreena digapai dan dia merenung ke dalam mata Adreena

"Hm ya ke ni? kata tak lalu" balasnya sambil menahan sengih.. tak sangka Aniq percaya akan lakonannya tadi

Aniq menggeleng.. tangannya mencapai mangkuk bubur itu dan diletakkan atas pehanya

"Taklah.. isteri saya masak sedap lah.. saya boleh makan tapi awak kena suap" Aniq senyum sehingga ke telinga.. hahaha, paksa sangat aku makan bubur seminggu kan? aku paksa kau suap aku pulak, rasakan

Wajah Adreena terus berubah masam seperti yang dijangka

"Ish mengadalah! tangan kaki ada, makan la sendiri" Adreena menjeling Aniq yang sengaja mengambil kesempatan itu.. rasa nak cubit je pipi Aniq yang tak henti naik sebab senyum je dari tadi.. kaki mengusik betul la jebon ni

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now