Bab 52

9 0 0
                                        

Basah pipinya dengan air mata apabila dia sudahpun dikerumuni dua orang lelaki.. mulutnya terkunci dek kerana rasa takut yang teramat sangat.. menggeletar tubuhnya sambil berdoa didalam hati.. agar dia tak ditimpa musibah

Bunyi telefon bimbit yang berdering itu hanya dipandang sepi.. Adreena memejamkan matanya.. berharap agar Allah menurunkan keajaiban buatnya.. dia sedar, dia tidak mampu untuk berlawan dengan seorang lelaki dewasa yang berada dihadapan mata

"Allah" Adreena berdecit apabila dia ditolak ke dinding.. kini dia berada di belakang bangunan.. jauh dari kaki jalan saat dia dipaksa oleh dua orang lelaki yang tidak dikenali itu

"Tolong jangan apa apa kan aku" tangisan Adreena cuba ditahan.. takut jika mereka bertindak lebih agresif

"Bagi apa yang kau ada sekarang!" jerkah lelaki itu

"Kau nak apa.. aku tak ada duit lah.. tolonglah" Adreena memeluk erat beg nya yang dipenuhi barang peribadi

"Eh perempuan, kau nampak ni?!" sebilah pisau dikeluarkan dari poketnya.. pisau jenis lipat memang mudah dibawa kemana-mana

Sesak nafas Adreena melihat senjata itu.. serta merta tingkat ketakutannya menjulang tinggi.. dia menggelengkan kepala dan menangis teresak-esak.. merayu meminta dilepaskan

"Tolonglah lepaskan aku" Adreena merayu kepada penjahat itu

"Aniq" nafasnya tersekat-sekat.. Adreena ketakutan.. macam-macam sudah terbayang di kotak fikiran.. dan tentunya dia berdoa agar semua perkara itu tidak terjadi

Sungguh dia menyesal kerana tidak menjawab panggilan Aniq dari tadi.. dia tahu, Aniq sedang mencarinya tapi dia sendiri yang tak layan.. dan sekarang, keselematan dirinya dan anak mereka pula berada dalam bahaya.. semuanya kerana sikap pentingkan dirinya sendiri

"Kau ingat ada sesiapa yang boleh tolong kau sekarang? tak ada, hahahahahahaha" ketawa dari seorang lelaki itu disusuli dengan lelaki disebelahnya

Teresak-esak Adreena menangis.. dia hanya mampu mengucap didalam hati.. jika inilah pengakhiran buat dia, Adreena hanya mampu berdoa agar segala salah dan silapnya diampuni Allah SWT

"Betul lah kau ni memang tak guna.. satu sen pun kau tak ada!!" lelaki itu sudah meraup wajahnya.. geram apabila tiada sebarang duit pun didalam beg Adreena.. beg itu kemudian dicampakkan di wajah Adreena

"Kalau kau takde duit, kau kena bayar dengan badan kau!" pipi Adreena dicengkam kuat

"Tak!! aku takkan benarkan perkara tu jadi!!" Adreena menampar muka lelaki yang cuba mencium bibirnya.. dan sesaat selepas itu dia ditampar kuat di kedua-dua pipinya

Adreena tak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.. menggeletar seluruh badannya mendengar itu... tangan kirinya sudah melingkari perutnya.. cuba melindungi satu lagi nyawa yang dia kandung

"Kau taknak bagi, aku bunuh kau.. dengan anak kau sekali, kau nak?!" jerkahnya sambil tertawa kuat

Adreena terasa lututnya lemah dan longlai.. seakan seluruh tubuh badannya sudah menyerah.. dia sudah tidak kuat lagi.. dia terduduk di situ sebelum sekali lagi badannya dihempas ke lantai

__

Aniq panik setelah melihat sandal Adreena di tepi jalan.. fikirannya sudah membayangkan yang bukan-bukan.. telefon pintarnya diambil, segera nombor Fiyadh didail.. mujur sahaja lelaki itu jawab.. semua perasaan ego diketepikan.. nyawa Adreena dalam bahaya

"Adreena hilang aku tak tahu dia kat mana.. dia mungkin ada berdekatan sini, so aku akan cari dia sampai dapat.. aku open life 360, so aku nak kau monitor location aku.. if aku stop terlalu lama kat satu tempat without update kau, hantar polis ke location tu.. aku harapkan kau, kau je boleh bantu aku sekarang" tanpa menunggu jawapan Fiyadh, dia mematikan panggilan.. segera lokasi dibuka.. mujur sahaja baterinya masih banyak

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now