Bab 48

11 0 0
                                        

Tepat jam 2.30 pagi, Adreena terjaga dari tidurnya kerana perutnya terasa lapar.. mungkin kerana dia sudah skip makan malam tadi agaknya.. sempat juga dia mengutuk diri sendiri.. punya melayan sangat ego, kan sendiri yang merana

"Sorry sayang.. anak ibu lapar ya?" perutnya diusap perlahan sebelum dia bangun dari katil.. hampanya rasa hati apabila melihat Aniq tiada disisi

Entah sampai bila hubungan mereka akan terus begini.. dia sendiri pun tidak pasti

Usai mengambil wudu', dia menunaikan solat tahajjud.. alang-alang dia terjaga, apa salahnya dia tunaikan solat sunat yang hanya menuntut 2 rakaat itu.. sejadah dihampar menghadap kiblat.. di keheningan pagi, Adreena bertafakur sendirian

Sepi malam membalut dirinya.. menghadirkan rasa sebak tanpa dia pinta.. semakin hari, semakin renggang hubungan mereka suami isteri.. bila sudah jadi begini, barulah Adreena sedar kesilapannya yang terlalu mengambil mudah semua perkara.. sikap pentingkan diri akhirnya memakan diri.. memamah hubungan mereka sehingga Adreena sendiri yang disisihkan.. disaat ini, dia sedar perasaan sebenar, jauh disudut hatinya, dia memang menginginkan lelaki itu.. dekat, tapi jauh

"Ya, ya.. okay kita turun.. tengok makanan apa yang ada ya" sekali lagi perutnya berbunyi.. kali ini Adreena senyum kecil.. terasa seperti anak mereka sedang cuba memujuk hatinya dengan cara itu

Setelah dia geledah dapurnya, dia kemam bibir.. tiba-tiba rasa tak lalu pula tengok makanan yang sudah tersimpan kemas dalam peti sejuk.. perutnya menginginkan sesuatu yang lain.. mahu mee goreng mamak pula

Adreena geleng kepalanya.. cuba mengusir rasa mengidamnya.. aduh, memang tak kena tempat dan masa betul lah!

dah pukul 3.30 pagi kot! takkan kau nak keluar sorang? oi, tak berani wei!

"Hmmm" Adreena ligat memikirkan sesuatu.. cuba dia menyelongkar mee pula

"Buat apa tu?" soal Aniq sambil matanya turut mencari barang yang Adreena sedang cari

Dia terganggu dengan bunyi yang datang dari dapur.. fikirnya tikus tadi.. tapi bila tengok lampu tingkat bawah terang benderang je.. tahulah Aniq yang tu bukannya tikus biasa.. tikus baka kepala hitam ada lah

"Astaghfirullahaladzim! terkejut lah saya.. nak saya pengsan kat dapur ni ke? cuba bagi salam!" Adreena terus membebel sambil memegang dada.. nasib baiklah kandungan baru cecah 6 bulan, kalau tak, dah terberanak aku kat sini

"Pengsan ke? tak kan?" selorohnya tanpa perasaan.. sengaja sebenarnya

Adreena hanya beri satu jelingan dan tidak mempedulikan Aniq yang masih memerhatikannya dengan kerutan didahi.. oleh kerana kesabarannya terpancing, Aniq menarik lengan Adreena sehingga perhatian Adreena kembali kepadanya

"Tak jawab lagi soalan tadi" serius wajah ditayang.. dia mahu Adreena gerun dengannya dan menjawab persoalan yang berlegar dimindanya itu

"Saya lapar, tengah cari mi kuning.. nak masak mi goreng mamak" adunya

"Kan makanan yang awak masak tu ada lagi.. makan tu je lah" Aniq tak faham kenapa Adreena perlu bersusah-susah untuk masak sedangkan mereka ada sahaja makanan lain

"Taknak, nak mi goreng mamak" Adreena mencebik

"Mengada" kutuk Aniq

"Baby awak yang nak" tangan Aniq dibawa ke perutnya.. buat Aniq yang sedang tayang muka poyo itu terus tersentak.. berubah air mukanya.. seketika dia hanyut dalam perasaan itu.. lama juga dia membiarkan tangan itu tetap disitu.. ada satu perasaan bahagia yang mengalir di dada.. dia teruja namun cepat-cepat dia sembunyikan reaksinya

kerana ini kali pertama Adreena sendiri benarkan perkara itu terjadi

"Hmm ye lah tu.. suka suka guna nama anak" komen Aniq setelah berdehem beberapa kali.. tangannya dibiarkan diperut Adreena.. selesa betul kehangatan itu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now