Aniq berlari-lari anak menuju ke wad yang menempatkan Stephen.. hari ini dia dikejutkan dengan berita bahawa adik lelakinya itu sudahpun sedar.. syukur dipanjatkan kehadrat ilahi.. dia sungguh lega mendengar Stephen sudah sihat seperti sedia kala
Hari ini dia bawa Adreena sekali, biarpun sebenarnya dia tak berniat langsung.. bila difikirkan semula, nanti berdarah pula telinga nak dengar Mommynya membebel.. sudahlah dia selalu mengelak bercakap soal Adreena.. hatinya masih sakit, masih tawar kerana perbuatan Adreena tempoh hari.. dia masih perlukan masa bertenang.. namun dia sedar, tanggungjawab harus tetap digalas
"Awak, sabarlah kejap" omel Adreena.. tercungap dia dibuatnya apabila terpaksa menyaingi langkah Aniq yang bersaiz tiang elektrik itu
"Eish" Aniq terus berjalan laju apabila mereka sudahpun hampir sampai ke wad Stephen.. malas hendak menunggu Adreena yang terhegeh-hegeh itu
Adreena kemam bibir saat Aniq sudahpun hilang dari pandangan matanya.. tak hairanlah begitu.. kaki lelaki itu pun bukan main panjang lagi.. rasa separuh hatinya menyesal datang ke sini.. dilayan macam nak tak nak sahaja
"Anvaya!" jeritan bergema saat wajah manis itu kelihatan.. Anvaya senyum gembira sebelum dia berlari untuk memeluk Aniq.. gembiranya bukan kepalang.. setelah hampir berbulan dia menanggung rindu, akhirnya Tuhan pulangkan semula suami ke pangkuannya
"I'm so happy" dia menangis sepuasnya didada Aniq.. banyak sudah lelaki itu membantunya saat ketiadaan suaminya.. jasa itu mungkin saja takkan terbalas
Adreena yang baru sahaja sampai saat ditinggalkan Aniq tadi hanya menyaksikan kejadian itu dengan matanya.. Adreena melarikan anak mata.. biarpun jelas Aniq tidak membalas pelukan itu, tetap sahaja hatinya berbahang cemburu.. terluka melihat suami sendiri dipeluk orang lain
Yang lebih membuatkan hatinya sakit, Aniq langsung tidak menolak perbuatan itu.. sedangkan dengan isteri sendiri, sentuh pun lelaki itu tak mahu.. pernah juga dia dimarahi apabila Adreena cuba memaut lengan Aniq
Sesaat Adreena senyum kelat.. sakit dihati masih bersisa setiap kali dia teringatkan semuanya.. besar sangat ke salahnya sehingga lelaki itu buang dia sejauh-jauhnya?
"Eh, Adreena" suara Anvaya menghentikan lamunannya
Segera senyuman palsu dipasang diwajah.. dia bersalaman dengan Anvaya seakan-akan tak terkesan langsung dengan apa yang terjadi.. dia marah.. namun takkan sesekali dia memalukan Aniq dihadapan orang lain.. itu bukan caranya
"I'm sorry, I.."
"It's okay.. I faham.. hmm, macam mana dengan Stephen?" keningnya terangkat sebelum matanya melilau ke kiri dan kanan.. mencari Mommy
"Oh, dia okay.. dia baru je rehat selepas makan ubat.. kalau nak visit dia sekarang pun boleh" ucap Anvaya mesra.. tangan Adreena disentuhnya
"Alhamdulillah.. baguslah kalau macam tu" Adreena masih tersenyum nipis
"I masuk dulu" ucap Aniq sekadar berpesan sebelum dia menghilang dari radar
Adreena diam.. sungguh dia janggal tinggal berdua dengan Anvaya.. Adreena memilih untuk termenung sahaja.. cuba memadam fikiran bukan-bukan yang menjengah mindanya.. dia tak mahu bersangka buruk terhadap Aniq
"Bila due?" soalan dari Anvaya membuatkan dia tersentak
"Oh, lama lagi ni.. bulan 12 rasanya" perutnya diusap perlahan
"You?" soal Adreena pula.. takkanlah pula dia nak diam sahaja.. nampak sangat pula dia benci walaupun sebenarnya tak ada sekelumit pun perasaan buruk itu dalam dirinya tatkala ini
YOU ARE READING
Absquatulate love
RomanceAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
