Setelah kejadian semalam, Adreena masih melancarkan perang dingin terhadap Aniq.. asyik mengelak sahaja kerjanya.. Aniq pun dah naik pening kepala menghadap fiil sang isteri.. rasanya dia sudah terangkan semuanya kut? apa lagi salah faham yang membelenggu fikiran Adreena?
"Meh, saya basuh" hati kecilnya rasa kasihan pula melihat Adreena berpenat lelah sendiri di dapur sejak tadi.. dari kerja memasak, menghidang, mengemas, dan sekarang membasuh pinggan pula.. semuanya Adreena buat sendiri tanpa bantuan sesiapa.. tengok air muka Adreena pun dia tahu isterinya penat
"Tak payah.. awak duduk je depan.. jangan kacau saya" dingin suara Adreena menolak bantuan dari Aniq.. sebenarnya, dia malas nak tampung bebelan orang-orang tua di rumah ini.. memang boleh bernanah telinganya nanti kalau ada yang nampak Aniq buat kerja didapur
Stigma masyarakat yang masih mengganggap golongan lelaki itu tak boleh buat kerja rumah.. memang susah nak buang persepsi kolot itu.. jadi jalan ninjanya, kau hadap jelah.. gaduh mulut pun buat sakit hati je.. makan dalam jugak mulut orang tua ni kadang-kadang
"Biarlah saya nak tolong.. apa salahnya?" tak faham kenapa Adreena beria benar menolak huluran tangannya itu
"Tak ada salah.. dah pergi jauh-jauh.. jangan kacau saya" malas hendak bergaduh mulut, Adreena menghalau Aniq pergi.. kalau dibiarkan memang tak akan berganjak lah jebon tu
"Ala, saya nak tolong.. bagilah saya tolong" Aniq memeluk pinggang Adreena pula
"Aniq Khaleef! Lepas!" meronta-ronta Adreena dalam cubaannya melepaskan diri
"Kalau nak saya lepas, bagi saya tolong awak" Aniq memperketatkan pelukannya
Adreena bertindak memijak kaki Aniq dengan kuat sehingga dia mengaduh kesakitan.. automatik lingkaran tangannya terlepas dan keningnya pula bertaut.. menahan sakit lah tu.. ha padan muka!
Aniq yang tidak berpuas hati itu cuba memercikkan air paip itu pada Adreena.. Adreena memandang ke kiri dengan rasa yang ditahan-tahan.. air paip diisi didalam cawan sebelum dicampakkan betul-betul pada wajah Aniq
"Aniq Khaleef!" jeritan Adreena naik seoktaf
"Tak faham saya dengan awak ni.. tolong salah, tak tolong salah.. how complicated" rungut Aniq sambil geleng kepala..acapkali niat baiknya disalah erti oleh isteri sendiri.. kesiannyalah kau Aniq oi
"Awaklah yang rumit! orang suruh pergi taknak, lepastu menyemak depan mata orang!" sempat Aniq dijeling geram.. sudahlah dia sudah sakit hati melihat kemesraan Farah dan Aniq semalam.. tambah lagi penat badannya harini.. Aniq pula datang mencurah minyak petrol pada hatinya yang sedia terbakar.. ha merasa lah maraknya api kemarahan aku ni!
"Nak suruh saya pergi lah ni? tak payah tolong?" sekali lagi dia mengajukan soalan itu
"Ya lah.. berambus jauh jauh" kasar benar bahasa yang diutarakan Adreena.. marah benar nampaknya
"Okay boleh, tapi cakap dengan lemah lembut.. suruh saya pergi elok-elok.. baru saya angkat kaki" Aniq mengangkat kening.. sempat lagi tu nak mengusik.. Adreena yang disebelah dah mengucap panjang.. lama lama boleh kena darah tinggi lah melayan suami rebus tak empuk macam Aniq ni
"Yes, please.. leave me alone, okay?" suaranya sengaja dilembutkan walaupun muka masam mencuka.. silap hari bulan boleh ganti fungsi lemon.. masam lain macam
"Tak lembut pun.. lembut sikit je lagi" pinta Aniq tanpa segan-silu
"Pernah makan pelempang?" dasar soya basi punya manusia.. sempat lagi dia main main? aku betul betul bagi pelempang seliang baru tau
"Tak pernah.. ha cepatlah.. saya tunggu ni.. masa itu emas tahu?" Aniq berpura-pura melihat jam dengan muka toyanya
"Boleh kanda ke depan? janganlah ganggu adinda ya? intan.. payung.. emas.. permata.. sayang.. habib.. yeobo" habis sahaja perkataan terakhir, Adreena menjeling Aniq yang sudah tersengih macam kerang busuk.. malas nak tenung muka kacak Aniq lama-lama.. karang makin geram pula hati dia dibuatnya
YOU ARE READING
Absquatulate love
CintaAniq Khaleef, Siapa sebenarnya lelaki misteri itu? Macam dia, tapi bukan dia.. Pertemuan Adreena Aqyra dengan seorang doktor 'life saver' ini benar-benar mengganggu hidupnya.. dia yang dihantui kisah silam itu membuatkan Adreena sering keliru.. lela...
