Bab 40

7 0 0
                                        

Sesampainya sahaja di destinasi, Adreena makan sebanyak mungkin.. Fiyadh pun tak banyak bercakap.. dia membiarkan Adreena melayan kehendaknya.. kadang kadang Adreena tertawa kecil dan tersenyum saat suapan itu masuk kedalam mulutnya

Nikmat sangat lah tu

"Awak makan macam setahun tak makan" spontan ayat itu meniti di bibir.. sejujurnya, dia rasa Adreena lucu.. gelojoh pun ya jugak

"Hey, sedapnya mulut bercakap.. kepit pakai chopstick ni nak?" marahnya pula.. sempat satu jelingan diberi pada Fiyadh

"Okay sorry sorry.. gurau jelah" spontan kata maaf itu meluncur keluar dari mulutnya.. maklumlah, dia tak tahu Adreena ini sesensitif apa.. karang tak memasal betul betul chopstick tu terpacak dalam anak tekak

"Eh, Aniq apa khabar? dia sihat?" memandangkan dia sendiri sudah lama tak berhubung dengan lelaki itu, dia bertanya pada Adreena sahaja

"Alhamdulillah sihat.. cuma sibuk sikit kebelakangan ni" jawabnya ringkas.. memang itu pun keadaannya.. tapi Adreena faham sebab tempoh dia bertugas pun sudah hampir tamat jadi wajarlah dia sibuk

"Biasalah tu, awak.. Aniq tu dia kalau pasal kerja memang penuh berdedikasi, berintigerasi dan macam macam ber lagi lah.. tak perlu risau, dia memang rajin kerja" beria-ia lelaki itu meyakinkan Adreena.. dia tergelak kecil sambil mengangguk

"Ya.. saya tak overthinking pun.. saya percayakan dia" ucapnya bersahaja.. yakin terhadap suaminya

"Oh, oh, oh.. awak mesti suka ni.. kejap" laju dia mengelap bibirnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya

"Ya Allah.. apa?" nasib tak sakit jantung.. aku lah kan budak ni!

"Gambar-gambar Aniq dan saya zaman study dulu.. nah cucilah mata tu puas-puas.. lepas rindu kat buat hati" Fiyadh bermain keningnya sambil tersengih.. telefonnya dihulurkan pada Adreena

Adreena mengerutkan kening.. namun huluran itu tetap disambut.. dia meneliti gambar satu per satu.. kebanyakannya memang ada gambar Fiyadh dengan Aniq.. tak dapat dinafikan, lelaki itu memang kacak sejak dahulu lagi.. namun entah kenapa, dia rasa ada yang tak kena.. kenapa wajah Aniq ni familiar sangat

"Oh oh, this one is one of my favorite pictures" Fiyadh duduk di sebelahnya.. telefonnya diambil semula sebelum dia kembali slide gambar gambar tadi

Adreena masih diam.. dia hanya merenung ke arah gambar itu.. kalini, Adreena dah tak boleh nak husnuzon lagi dah.. memang sebijik sangat.. dan mustahil dia tersalah orang sebab Adreena tak pernah lupakan wajah lelaki itu

"Kebanyakan gambar tak jelas sangat.. yang ni memang jelas.. gambar kami berdua.. masa ni kitorang rasa kitoranglah jejaka terkacak dalam dunia.. hari terakhir kami kat sana sebelum balik Malaysia balik" ceritanya tanpa dipinta.. seronok betul bila terkenangkan zaman belajar dulu

"Saya ada soalan" debaran yang tadinya halus kini semakin kencang.. sempat Adreena menarik nafas panjang sebelum bertanyakan soalan itu

"Awak kenal Aniq sebelum dia peluk islam kan?" matanya terarah pada Fiyadh yang sibuk melahap makanan dipinggannya itu

"Ya.. kenapa?" kepalanya terangguk-angguk beberapa kali

"Apa nama dia sebelum masuk islam?" Adreena pejam mata.. tak sanggup jika apa yang dia fikirkan itu benar.. Ya Allah, tolonglah

Fiyadh terdiam seketika.. kenapa Adreena tanya soalan macam tu?

"Andy"

Seketika jantungnya berhenti berdegup.. dunia ini kelam buat sesaat.. Adreena goyah.. tekaannya tidak meleset.. dan dia tak dapat lagi menafikannya

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now