Bab 24

10 0 0
                                        

Andy rasa tak sedap hati bila tengok Adreena menangis seperti itu walaupun sebenarnya dia tak faham kenapa Adreena menangis.. padahal dia selalu saja bergurau begitu.. paling paling pun kena ketuk pakai buku je.. tak adalah sampai nak menangis bagai

Dalam pada otaknya dikerah untuk berfikir apa yang tak kena dengan kata-katanya, Aniq tetap mencari Adreena.. sekarang sudah menginjak jam 3 petang.. semua orang sudah pulang ke rumah dah pun.. takkan nak biar Adreena seorang diri? bahaya

Langkahnya terhenti apabila mendengar suara tawa seseorang.. dia mengerutkan keningnya.. dia mengikut suara itu kerana dia memang cam sangat dengan suara gelak acah comel macam tu.. suara Adreena lah siapa lagi?

"Huh? Sejak bila?" Andy tanya kepada diri sendiri

Sejak bila Adreena rapat dengan Muhamad?

"Emm.. erm.. biarlah saya tolong awak?" tangan dihulur pada Adreena.. dia mengelap tangannya sebelum menunggu Adreena memberikannya buku-buku yang dipegangnya

"Ish, takyahlah! bukan berat pun.. sikit je ni.. kau tak yah susah susah okay?" Adreena senyum sampai ke telinga

Dari dulu lagi dia berkawan dengan Muhamad.. semuanya sebab dia pernah membantu Muhamad tatkala dia dibuli oleh pelajar perempuan sewaktu mereka di tingkatan satu dahulu

"Um.. oo.. okay" Muhamad mengangguk

"Awak teman saya balik? okay?" Adreena kedip mata

"Bb..bb..bb.." Muhamad teruja sampai dia tergagap

"Boleh!" jerit mereka sama-sama sebelum masing-masing tergelak.. comel jugak Muhamad ni.. kelakar tapi comel

"Tch" Andy tergelak sinis.. entah kenapa dia sakit hati pulak apabila Adreena mempamerkan kemesraan dan kelembutannya pada Muhamad

"Apa yang kelakar, cuba cakap? tak kelakar langsung.. sumpah, lawak zaman batu ke huh?" Andy menggeleng.. tak lama selepas itu dia tergelak pula.. bukan gelak sebab suka, tapi gelak sakit hati

"Dengan aku bukan main kasar.. sikit sikit marah.. tapi kalau dengan mamat ni, kemain manis senyuman sampai ke telinga.. tch" Memang betul terbakar hatinya melihat mereka tertawa bahagia

"Tadi menangis ni elok je gelak.. buat penat je aku cari.. ah baik balik je daripada sakit hati" Andy genggam tangannya

Walaupun minda sihatnya sedang mengarahnya untuk pulang saja, kaki degilnya masih mengikuti mereka berdua dari belakang.. yang lebih menyakitkan hati, pasangan bahagia itu langsung tak perasan dia yang ada dibelakang ini.. fuh, syok betul berbual

"Adreena.. sebenarnya.. saya," Muhamad bermain dengan jarinya.. takut nak luahkan apa yang ada di hati tapi dia tak tahu bila lagi dia diberikan peluang seperti ini

"Hmm?" soal Adreena

"S.. suka.. aw-"

"Aduh jap.. aw sakit" Adreena menggosok mata.. buku yang dia pegang terlepas dari tangannya

Muhamad segera melihat ke dalam mata Adreena.. dia mendekatkan bibirnya ke muka Adreena

"Woi!!" Andy menjerit dan berlari ke arah mereka berdua.. muka Muhamad ditumbuk sekuat mungkin

"Andy!!" Jerit Adreena

"Aw" Muhamad memegang pipinya yang rasa kebas setelah ditumbuk oleh seseorang

"Kau kenapa gila?!" Marah Adreena.. segera dia mendekati Muhamad yang sudah terduduk di atas jalan tar

"Dia nak kiss kau lah tadi!" Balas Andy.. tak guna punya manusia!! Dia cuma nak selamatkan Adreena saja, alih-alih dia yang kena marah

Dia mendekat Muhamad.. kolar bajunya digenggam erat.. mencerlung matanya melihat lelaki acah baik dihadapan mata itu

Absquatulate loveWhere stories live. Discover now