Terima kasih kepada semua pembaca dan follower yang menanti kehadiran naskah terbaru daripada aku.Buat semua FOLLOWER & PEMBACA,anda digalakkan untuk mengikuti dan membaca naskah dari ASRAMA 2005 hinggalah ke GURU 2022 untuk memahami jalan penceritaan dan keseimbungan yang sebenar.
Kisah yang aku ceritakan ini merupakan rantaian pengalamanku sepanjang bergelar pelajar dan menjadi penghuni asrama sehinggalah aku bekerja sebagai guru dan ketua warden tempat aku bertugas kini.Kebanyakkan watak dalam naskahku adalah sama dan berulang ulang kerana kisah ini sememangnya diinspirasikan dari pengalamanku yang sebenar.Aku berharap agar semua pembaca tidak bosan membaca naskah yang aku keluarkan dan terus menyokongku.
Aku faham,mungkin ada yang tertanya tanya mengapa aku dapat menerbitkan setiap jilid dengan cepat,jawapanku hanya satu.Aku hanya perlu mengingati semua perkara dan menceritakan semua yang pernah terjadi dalam hidupku disini.Sebab itu aku tidak perlu mencari idea ataupun mereka reka cerita yang pasti akan memakan masa yang lebih lama.
Namun aku terpaksa menggunakan nama samaran dalam kebanyakkan watak dalam cerita ini kerana mahu menjaga kerahsiaan dan aib mereka yang terlibat.Nama sekolah dan tempat juga merupakan rekaan dan samaran.Namun segala nukilan berdasarkan kejadian dan perkara yang terjadi adalah daripada kisah benar.
Memandangkan ini adalah kisah GURU 2023,ini bakal menjadi naskah terakhir yang aku keluarkan.Untuk naskah tahun 2024 akan aku keluarkan selepas tahun ini berakhir.
Terima kasih kepada semua follower dan pembaca setia.