Kopi panas yang dihirupku ketika ini benar-2 membangkitkan suasana di malam hari bersama Shazuan di gazebo yang terletak di tepi sungai ini.Selain itu,kelihatan juga beberapa orang pengunjung yang sedang barbeku bersama keluarga dan kawan mereka masing-2 di sini.
Shazuan tiba lewat di sini tadi sekitar pukul 6.00pm.Dia sibuk menguruskan Uncle Adnan dan Mak Esah di rumah. Sebentar lagi dia akan pulang kembali ke rumahnya.Buat masa ini hanya kekasihnya Azmira sahaja yang menemani Uncle Adnan dan Mak Esah di rumah.
Kami berdua mengambil kesempatan untuk berbual.Maklumlah kami berdua sudah jarang berjumpa ketika ini.Jadi dalam kesempatan yang ada, kami berdua berbual selagi ada masa. Aku dengan urusanku sebagai Cikgu dan warden di sekolah manakala Shazuan pula menguruskan aset peninggalan kedua orang tuanya di samping menjaga Uncle Adnan yang uzur ketika ini di rumah.
Perbualan kami berdua lebih tertumpu kepada urusan kami yang terkini.Seingat aku tak pernah kami berdua membicarakan tentang urusan perkahwinanku nanti. Begitu juga tentang hubungannya dengan Azmira.Topik itu mungkin terlalu berat untuk aku dan Shazuan bicara kan ketika ini.
Shazuan juga bercerita tentang keadaan terkini Uncle Adnan.Shazuan memintaku jika berkelapangan untuk singgah sebentar menziarahi Uncle Adnan nanti.Aku sekadar menganggukkan kepalaku sahaja. Jika ada masa lapang aku akan menziarahi Uncle Adnan.
"Khai dengan Sam macam mana bang? Okay ke dorang uruskan tempat ni?", Soal Shazuan kepadaku.
"Okay, keduanya boleh diharap. Dah macam Shauki dah.Tapi nak taknak kita kena ready juga."Balasku kepada Shazuan.
"Ready untuk apa bang?", Soal Shazuan kepadaku.Dia merenung wajahku dengan penuh pertanyaan.
"Manalah tahu budak berdua tu berhenti.Lagipun mesti dorang fikir sampai bila nak kerja kat sini."
Balasku semula."Lah, kenapa pulak nak berhenti? Gaji yang kita bayar tak cukup ke bang?", Soal Shazuan lagi.
"Aku tak cakap pun dorang nak berhenti,tapi manalah tahu kan satu hari nanti.Lagipun dorang dah berapa tahun dah kerja sini.Sam tu anak sulung,family dia kat Mantin dah tentu orang tua dia harap dia kerja sana.Sama dengan Khai, ayah dia dah takde, dia la ketua keluarga sekarang.
Pasal gaji takde kena mengena pun, aku rasa gaji yang dorang dapat berbaloi."Jawabku lagi.
______________________________________
"Kereta ada, orangnya takde pulak", Kata Khai yang mundar mandir di ruang tamu ketika itu."Kau cakap siapa? Bang Wan ke?", Soal Sam yang ketika itu sedang menonton televisyen.
"Haah, bang Wan lah.Lama tak jumpa dia rasa lain pulak."Jawab Khai ketika itu.
"Dia lepak kat gazebo dengan Cikgu Wafi.Eh lain macam kau ni, jatuh hati kat bang Wan ke?", Soal Sam lagi sambil ketawa.
"Otak kau.Maksud aku dah lama lah tak nampak dia.Bukannya jatuh hati kat dia.Ingat aku macam kau ke?", Soal Khai sambil menjeling ke arah kawan baiknya itu.
"Hahaha macam lah aku takde kisah dengan kau Khai.Manalah tau kan kau minat lelaki sekarang." Kata Sam lagi sambil ketawa.
"Kisah lama jangan diungkit.Naluri aku tetap kat perempuan."Jawab Khai lagi sambil ketawa.
"Khai aku lupa nak bagitahu.Minggu depan aku cuti tau sebab aku ada exam seminggu.Kau cover sorang boleh kan?", Soal Sam kepada Khai.
"Haa boleh je.Nanti time aku exam kau pulak cover aku."Balas Khai sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu.