P35 : RONDAAN

291 9 0
                                    

Aku baru sahaja tiba di perkarangan kuartersku di asrama.Ketika ini suara bising dari asrama aspura dan aspuri kurang kedengaran.Mungkin kerana sebilangan penghuni sudahpun lelap dan lena di katil masing-2.
Bagaimanapun dari sini aku dapat melihat dengan jelas Faruki dan Farhan sedang berbual di luar bilik rawatan.

"Cikgu, terima kasih tau sebab belanja makan tadi." Kata Zaki yang telah dari kereta ku sambil memegang perutnya yang kekenyangan.

"Eh takde hal.Elok juga kau dengan Nazmi teman aku tadi.Kalau tak boring jugak aku lepak kedai sorang-2", Jawabku lagi sambil tersenyum.

"Fuhh beratnya mata. Rasa malas betul nak balik bilik malam ni." Rungut Nazmi ketika itu.Dia turut menguap ketika itu.

"Mengadalah kau Nazmi.Tidur je lah bilik kau.Bukan jauh pun depan tu je." Tegur Zaki kepada juniornya itu.

"Eh takpe lah Zaki.Dia nak ajak aku borak kot kat rumah.Lagipun esok kan hari Sabtu." Kataku lagi kepada pelajar Ting 5 itu.

Zaki kemudian berlalu pulang meninggalkan aku dan Nazmi berdua di sini.Aku kemudiannya mempelawa Nazmi melepak di kuartersku.Sedap juga bersembang dengan Nazmi, lagi pun aku masih belum mengantuk lagi ketika ini.

Nazmi sudah mengambil tempat di sofaku.Aku pula membuka televisyen terlebih dahulu dan kemudiannya aku memaklumkan kepada Nazmi untuk menonton rancangan yang disiarkan di televisyen sementara aku membuat kerja di dapur.Dia hanya mengangguk faham.

Aku kemudian menuju ke dapur dan membersihkan pingganku yang masih berada di dalam sinki.Selepas itu aku menjemur pakaianku yang sudah ku basuh lebih awal lagi sebelum keluar makan tadi.Keadaan di halaman asrama mulai lenggang ketika itu kerana ampaianku yang terletak di belakang rumah ini betul-2 mengadap asrama lelaki.
______________________________________
Faruki masih lagi memasuki biliknya. Dia mengambil kesempatan hari cuti esok dengan meronda di sekitar asrama.Sebab itu penghuni asrama di dalam bilik mendiamkan diri di dalam bilik,tambahan pula mereka sememangnya tahu dengan ketegasan Faruki sebagai ketua asrama.

Dia masih lagi berjalan dan memasuki setiap bilik yang tidak berkunci.Dia turut akan memberikan teguran sekiranya bilik yang dimasuki itu kotor ataupun sekiranya penghuni bilik tersebut masih lagi tidak berada di katil masing-2.Sedang dia berjalan di Ting 3,tiba-2 dia terhidu bau rokok dari stor aras berkenaan.

Dengan segera dia memasuki bilik tersebut dan ketika itu kelihatan 2 orang penghuni asrama sedang berada di situ.Mereka berdua ialah Imran pelajar Ting 4 dan Nukman pelajar Ting 1.Wajah kedua orang juniornya itu pucat apabila melihat wajah bengis Faruki ketika itu.

"Kau dapat izin sape hisap rokok kat asrama ni?", Soal Faruki dengan suara yang keras.Kedua orang penghuni asrama itu hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab apa-2.

"Weh pukimak, kau dengar tak soalan yang aku tanya ni?", Soal Faruki sekali lagi.Dia bertambah berang apabila Imran dan Nukman hanya mendiamkan diri selepas di tanya.

Secara tiba-2 penumbuk Faruki melayang dan menumbuk perut Imran yang terus membuatkan pelajar Ting 4 itu terjatuh di atas lantai.Pelajar Ting 4 itu hanya mampu mengerang sahaja di atas lantai sambil memegang perutnya yang sakit ketika itu.

"Err maaf kan saya Bang Faruki.Saya tahu saya silap sebab merokok dekat asrama.Tolonglah Bang Faruki maaf kan saya." Rayu Nukman yang ketakutan ketika itu.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now