"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini dan kepada semua yang berjaya dalam temuduga baru-2 ini saya ucapkan tahniah.Hari ini kita adakan sedikit taklimat ringkas meskipun korang semua akan mula bekerja start minggu depan iaitu 3 hari dari sekarang.
Saya minta semua yang berada disini memperkenalkan diri.Saya akan mulakan dulu dengan diri saya, nama saya Wafi berasal dari Kajang, pemilik bersama Dusun Sahabat dan kini merupakan pengurus di sini.Selain dari itu saya turut bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Rembau.Untuk soalan lain masa round table nanti. Uncle Raja u pulak.", Arah Wafi kepada Rajan yang duduk di sebelahnya.Raja, Isa, Cupin dan Sam masing-2 memperkenalkan diri mereka diikuti oleh 4 orang kakitangan Dusun Sahabat yang telah di ambil bekerja iaitu Muhaimin,Aminul, Najwa dan Mawaddah.Selesai sahaja pusingan perkenalan diri itu, Wafi kembali menyambung ucapannya,
"Saya akan memaklumkan tugas setiap orang yang berada dalam ni. Raja yang berada di sebelah saya ini akan mengetuai bahagian keselamatan manakala Isa pula akan mengetuai urusan jualan ikan, sayur dan juga buah-bahan di sini.Mereka berdua ni orang lama dekat sini, jadi saya minta semua menghormati mereka berdua dan sekiranya memerlukan tunjuk ajar boleh minta mereka ajar.Dan untuk makluman juga Mawaddah yang menjaga bahagian landskap akan berada di bawah Isa.Selain itu juga Mawaddah diminta untuk meneroka cara pertanian moden di kebun nanti." Ucap Wafi.Isa kemudiannya melambaikan tangannya pada gadis yang comel itu dan Mawaddah hanya mampu tersenyum manis sahaja."Cupin dan Muhaimin pula akan bekerjasama dalam semua urusan penyelengaraan Dusun Sahabat termasuklah dengan peralatan aktiviti lasak dan sukan.Aminol dan Najwa pula akan bekerjasama dalam semua urusan tempahan yang membabitkan dewan dan bilik kuliah.
Selain itu juga mereka berdua akan bertindak sebagai pengendali utama bagi media sosial Dusun Sahabat.Manakala Sam pula akan mengetuai semua urusan mengenai tempahan penginapan di Dusun Sahabat.Selain dari itu Sam juga akan mengetuai bahagian pentadbiran dan juga kewangan dan menjadi leader untuk kamu semua termasuk dengan kakitangan yang lain.Saya berharap buaya kekeluargaan dan semangat kerjasama yang menjadi tunjang utama Dusun Sahabat akan kekal sampai bila-2." Kata Wafi menamatkan ucapannya. Dia kemudian memberi peluang kepada mereka yang berada di dalam ni untuk bertanyakan soalan jika ada.
"En Wafi,tentang cuti bagaimana ya? Sebab seingat saya masa temuduga takde bincang tentang ni." Soal Muhaimin.
"Tentang cuti kamu dibenarkan bercuti 2 kali seminggu dan terpulang pada hari apa cuma cuti untuk hari Sabtu dan Ahad adalah secara bergilir.Maksudnya kalau kau dgn Najwa Sabtu cuti,Sam dengan Mawaddah tak boleh cuti dan kena bekerja."Jawab Wafi.
"Ada penginapan disediakan ke? Sebab saya ada sembang dengan pekerja lama yang penginapan untuk staff ada disediakan.Tapi saya tak tahu adakah penginapan tu tersedia untuk pekerja baru dan bagaimana dengan kadar bayaran?", Soal Aminol yang memberanikan diri bertanya.
"Baik,sebelum tu saya nak tanya berapa orang yang perlukan penginapan?",Soal Wafi.Hanya Aminol dan Najwa sahaja yang mengangkat tangan ketika ini.
"Saya tak perlu En Wafi sebab saya ada dah jumpa rumah dekat luar sebab saya bawa keluarga sekali." Jelas Muhaimin yang berbadan gempal itu.