P105 : KENANGAN

193 14 0
                                    

Urusan pengebumian Uncle Adnan semuanya berjalan lancar.Ramai juga yang mengiringi Uncle Adnan ke persinggahannya yang terakhir tadi. Lagi pun Uncle Adnan memang dikenali ramai di sini, dia seorang yang baik hati dan mesra.Sebab itu lah dia cukup disenangi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Pak Samad dan Raja masing-2 sudah pulang ke Dusun Sahabat selepas selesai urusan pengebumian tadi. Shazuan dan Azmira pula masih berada di rumah Uncle Adnan, mungkin ada beberapa perkara yang sedang mereka bincangkan.Manakala aku pula berada di rumah keluarga Shazuan yang terletak bersebelahan.

En Firdaus turut berada bersamaku ketika ini.Kami berdua berbual bermacam perkara buat sementara waktu.Sejak Shazuan menguruskan sendiri hartanah yang sebelum ini ini di jaga oleh En Firdaus,kami memang jarang berjumpa.Inilah kesempatan yang ada untuk kami berbual.

Lebai Seman yang baru keluar dari rumah Uncle Adnan terus menuju ke mari.Aku yang ketika itu rancak berbual bersama En Firdaus berhenti apabila Lebai Seman menghampiri kami.
"Siapa nama Wafi dekat sini?", Soal Lebai Seman sambil memandang kami berdua.

"Saya Pak Imam.Kenapa ya?", Soalku kembali.

"Ouh kamu Wafi.Saya ingatkan yang ini."Kata Imam sambil menunjuk ke arah En Firdaus.Tersenyum sipu sahaja En Firdaus ketika itu.

"3 minggu sebelum Adnan pergi saya ada datang ziarah.Ketika itu hanya ada isteri arwah dan Mira sahaja. Shazuan tiada masa tu.Adnan masa tu mampu lagi bercakap sikit walaupun saya tak berapa faham sangat apa yang dia sampaikan." Kata Imam.

"Apa yang Uncle Adnan cakap? Ada apa-2 untuk saya ke?", Soalku kembali.

"Dia cakap dia rindukan kamu.Dalam masa yang sama dia minta kamu tengokkan Mak Esah sekiranya terjadi apa-2 pada dia."Jelas Pak Imam lagi.

"Selagi saya hidup Imam,saya akan jaga keluarga Uncle Adnan ni.Dia dan Mak Esah dan macam mak ayah saya sendiri." Balasku ketika itu sambil menahan sebak.
______________________________________
Shazuan membantu Azmira memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta.Tugas Azmira di sini sudahpun selesai dan tiada apa lagi yang boleh dia lakukan di sini.Sebelum ini dia bersama membantu Shazuan menguruskan arwah Uncle Adnan dan Mak Esah.

Jannah,anak kepada Mak Esah akan menemani ibunya selama seminggu di sini.Selepas itu Mak Esah akan kembali mengikuti Maimun untuk tinggal bersamanya di Nilai.Shazuan melambaikan tangannya sebaik sahaja kereta yang dinaiki Azmira berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah Uncle Adnan.

Shazuan melangkah menuju ke rumahnya.Dia berasa amat keletihan sekali.Malam ini bacaan tahlil akan dibuat di surau berhampiran dan Shazuan yang menaja makanan pada malam ini.Dia meminta Wahab dan Maimun untuk menguruskannya.

En Firdaus dan Mak Ngah masing-2 telah beredar dan pulang ke rumah masing-2.Dia tidak pasti sama ada Wafi sudah beredar atau belum namun apabila dia melihat ada sepasang slipper di hadapan pintu rumah barulah dia yakin yang abang angkatnya itu berada di dalam rumah.

Tepat sangkaannya,Wafi ketika ini sedang tidur di dalam bilik.Segera Shazuan membaringkan tubuhnya di sebelah abang angkatnya itu dan memeluknya.Wafi yang sedang lena ketika itu terkejut dengan kehadiran Shazuan yang memeranjatkannya.

Tangisan Shazuan kedengaran ketika ini dan Wafi memujuknya supaya bersabar.Dia faham kehilangan Uncle Adnan menjadi sukar untuk Shazuan, namun itu lah putaran kehidupan. Tiada yang kekal abadi di dunia ini dan sampai suatu masa semuanya hanya akan menjadi kenangan.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now