"Wafi mana Pak Samad?", Soal En Firdaus yang baru sahaja tiba di sini.
"Keluar dengan Aida,katanya nak bawak barang lain." Kata Pak Samad.
Hari ini merupakan hari Khamis yang merupakan hari terakhir Wafi sebagai seorang bujang.Esok dia akan menjadi suami orang dan tanggungjawabnya pasti lebih besar dan hebat berbanding sebelum ini.
Ibubapa Wafi juga telah sampai pada malam tadi.Wafi yang menjemput mereka berdua dari Kajang.Beberapa ahli keluarga sebelah Aida juga telah mula menginap di sini bermula malam semalam.Dijangkakan semua ahli keluarga terdekat Wafi dan pasangannya akan tiba di sini selewatnya pada malam ini.
"Meriah betul majlis Wafi ni Pak Samad.Boleh jadi wedding of the year."Kata En Firdaus sambil ketawa.
"Dah bahagian dia Firdaus.Kamu ada di sini sampai Sabtu ke?", Soal Pak Samad.
"Mestilah sampai Sabtu.Dia dah macam adik saya sendiri dah Pak Samad.Kalau tak ada hal mungkin sampai Ahad dekat sini,nanti saya bincang dulu dengan orang rumah saya."Jelas En Firdaus ketika itu.
Tidak lama kemudian Shazuan pun tiba sambil memegang tangan Mak Esah.Mak Esah merupakan balu kepada Uncle Adnan yang baru meninggal dunia beberapa minggu yang lalu.Pak Samad dan En Firdaus mempelawa mereka berdua duduk bersama.
"Mak Esah nak makan apa-2 tak? Wan boleh amik kan?", Soal Shazuan kepada Mak Esah.
"Wan ambil lah apa-2,Mak Esah tak kisah."Jawab Mak Esah dengan wajah tuanya.Shazuan kemudiannya berlalu untuk mengambil makanan.
"Mak Esah macam mana tidur sini? Okay ke?", Tanya En Firdaus.
"Okay.Tenang dekat sini.Kalau si Adnan ada lagi mesti dia seronok. Yang kahwin si Wafi pulak." Jawab Mak Esah.
"Bukan rezeki dia Esah, rezeki untuk kamu dan anak-2 kamu yang lain. Mereka sampai bila Esah?", Tanya Pak Samad.
"Si Maimun malam tadi teman aku tidur sini.Ni dia pergi kerja malam nanti datang lah dia dengan Wahab dan anak yang lain.Jannah esok lepas kerja baru datang.Yang lain aku tak tahu." Jawab Mak Esah bersahaja.
"Tadi mak Wafi datang berjumpa aku. Dia sampaikan kata maaf sebab tak dapat hadir masa kebumi Adnan. Tak sihat katanya.Aku kata kat dia tak apalah asalkan ada doa dia bagi untuk lelaki aku." Cerita Mak Esah lagi. Kedua ibubapa Wafi sememangnya mengenali Uncle Adnan dan Mak Esah.Sebelum Uncle Adnan sakit, selalu juga ibubapa Wafi bertandang ke rumah mereka.Begitu juga ketika Uncle Adnan berada di rumah Maimun.
"Urusan Uncle Adnan semuanya dah selesai ke Mak Esah?", Soal En Firdaus pula.
"Sudah, aku suruh si Wahab uruskan. Dengan dia je aku boleh berharap Daus.Menantu yang lain semuanya sibuk bekerja." Jawab Mak Esah dengan nada sedikit kekesalan.
"Kamu jangan ambil hatilah dengan anak-2 kamu tu.Mana pulak Shazuan ni lama betul amik makanan." Kata Pak Samad.
"Aku tak ambil hati,aku cerita je. Kau nak kata apa dan fikir apa terpulang lah." Jawab Mak Esah.Pak Samad dan En Firdaus hanya mendiamkan diri sahaja.
Tidak lama kemudian Shazuan pun tiba sambil membawa makanan dan minuman untuk Mak Esah.Tersenyum manis Mak Esah apabila Shazuan membawa makanan kegemarannya iaitu ikan siakap goreng.Mak Esah kemudiannya menjamah dengan penuh selera.
"Mak ayah abang kamu tak panggil sekali ke Wan?", Soal En Firdaus.
"Panggil dah En Firdaus, tapi katanya kenyang lagi." Jawab Shazuan ringkas.