P101 : BUBUR

252 12 0
                                    

"Kau dah okay belum Khai? Risau aku dekat kau ni."Kataku kepada remaja berusia 20 tahun itu.

"Okay sikit Cikgu dari tadi.Saya minta maaf Cikgu tadi saya muntah kat tandas Cikgu.Takut bersepah muntah tu."Kata Khai dengan suara yang perlahan.

"Takpe lah Khai.Lain lah kalau kau muntah kat katil aku.Memang pisang aku nak bersihkan.Kau nak duduk ke? Meh sini aku alih sikit badan kau tu." Tawarku kepada Khai.

Aku kemudiannya mengalihkan sedikit badan Khai.Tubuhnya tidaklah sehangat seperti tadi namun Khai masih kelihatan tidak bermaya.Aku kemudian mengajak Khai untuk pergi ke Mcdonalds untuk membeli bubur untuknya.

Khai mengagahkan dirinya bangun untuk mengikutku ke restoren makanan segera yang terletak di Senawang.Itulah Mcdonalds yang terdekat denganku dari sini.
Perjalanan dari Dusun Sahabat ke Senawang mengambil masa 20 - 30 minit.

Sepanjang perjalanan aku langsung tidak membuka aircond mahupun tingkap kerana aku mahukan suasana yang hangat dalam kereta ini sedikit sebanyak dapat membantu Khai. Remaja berusia 20 tahun itu hanya mendiamkan diri sahaja.Aku sebenarnya bimbang melihatnya begitu.

Aku meletakkan tanganku sekali lagi di dahi Khai yang mula berpeluh ketika itu.Aku dapat merasakan keadaanya jauh lebih baik berbanding tadi.Mungkin selepas memakan bubur nanti,dia mempunyai sedikit tenaga dan lebih baik berbanding sekarang.

Khai enggan turun untuk makan di dalam Mcdonalds, oleh itu aku membuat pesanan di drive thru sahaja dan terus pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan tersebut dia hanya mendiamkan diri sahaja sambil memegang bungkusan McDonald's yang kami berdua beli tadi di Senawang.

Sampai sahaja di rumah,aku terus memapah Khai ke ruang tamu.Aku meminta Khai memakan dahulu bubur yang dibeli tadi sebelum sejuk. Aku pula ke dapur untuk membuat minuman panas.Sekembalinya ke ruang tamu aku melihat Khai sudah mula menjamah bubur yang dibeli tadi sedikit demi sedikit,mungkin dia masih belum berselera lagi.

"Aku tahu kau ada masalah, tapi aku tak tau lah apa masalah kau sebab Pak Samad suruh aku tanya kau sendiri.Janganlah fikir sangat masalah tu,kau habiskan dulu bubur tu.Risau aku tengok kau macam ni. Pasal masalah tu nanti kita setlekan sama-2 kalau boleh." Pujukku kepada Khai.

Remaja berusia 20 tahun itu memandang tepat ke arah wajahku dengan pandangan yang berat.Seperti ada sesuatu yang menjadi bebanan dalam dirinya ketika ini.Aku mula sependapat dengan Pak Samad, Khai jatuh sakit kerana terlalu memikirkan masalahnya.

Aku terus baring di dalam bilik ketika Khai sedang makan.Bermacam perkara bermain di fikiranku ketika ini.Aku juga meneka tentang masalah yang dialami oleh remaja kelahiran Seremban itu.Adakah dia mempunyai masalah dengan Sam? Ataupun dia mahu berhenti kerja di sini kerana mendapat peluang kerja yang lebih baik di tempat lain?

Sedang aku berteka teki sendirian, Khai mula memasuki bilikku dengan wajah yang murung.Dia kemudian terus duduk di sebelahku.Aku kemudiannya duduk disebelahnya dan mula bertanyakan masalah yang dia alami sebenarnya ketika ini.

Khai mula menceritakan masalah yang dia hadapi ketika ini.Aku memasang telinga dan mendengarnya dengan tekun.Sungguh besar dilema yang dihadapi oleh remaja berusia 20 tahun ini.Antara mengejar impian dan cita-cita atau berkorban untuk keluarganya sendiri.

Sejujurnya aku juga tidak mahu kehilangan Khai di sini kerana dia adalah pekerja terbaikku yang berada di sini.Namun aku juga sedar yang aku tidak boleh menjadi batu penghalang untuknya memenuhi permintaan keluarganya.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now