3 bulan telah pun berlalu,Sam ketika ini sibuk menguruskan kemasukan pengunjung ke Dusun Sahabat.Dia menggalas buat sementara tempat yang ditinggalkan oleh Khai buat sementara yang berhenti kerja beberapa bulan yang lalu.Banyak
perkara yang berubah selepas ketiadaan Khai di sini.Pertama adalah mengenai Pak Samad yang telah berhenti kerja kerana diserang strok.Perkara itu terjadi secara tiba-2 ketika dia hendak masuk ke dalam tandas untuk berwuduk. Memandangkan Pak Samad tidak mempunyai ahli keluarga yang lain, maka Pak Samad dijaga secara bersama oleh kakitangan di sini secara bergilir.Malah gaji Pak Samad langsung tidak dipotong meskipun Pak Samad tidak lagi dapat bekerja di sini.
Keduanya adalah mengenai Shazuan yang tidak lagi bersama Dusun Sahabat.Dia meninggalkan Dusun Sahabat untuk memberikan tumpuan kepada perniagaan baru yang diceburinya selain perniagaan aset dan hartanah yang sudah berjalan sebelum ini.Pada mulanya dia berat hati juga untuk meninggalkan Dusun Sahabat, namun selepas dia diyakinkan oleh abang angkatnya Wafi,dia pergi meneroka peluang baru.Namun tidaklah bermaksud adik dan abang angkat itu tidak mesra seperti dulu.
Ketiganya, Isa dilantik untuk menggantikan tempat Pak Samad di bahagian pengurusan untuk bekerjasama dengan Sam sehingga pengganti Khai dapat ditemui.Dalam masa yang sama juga Wafi masih memantau urusan pentadbiran Dusun Sahabat.
Keempatnya,meskipun Shazuan telah meninggalkan Dusun Sahabat secara rasmi namun abang angkatnya Wafi sudah jarang bertandang ke sana. Wafi yang kini berkeluarga lebih banyak menghabiskan masanya bersama isterinya yang tercinta.
Malah kehidupannya kini hanya di sekolah dan di rumah sahaja.Namun operasi Dusun Sahabat masih berjalan lancar meskipun tanpa kehadiran Wafi dan Shazuan. Meskipun memangku tugas Khai buat sementara, Sam tetap cemerlang menggalas peranan tersebut.Malah Raja tidak kekok memberi tunjuk ajar kepadanya.
_____________________________________
Sam menyandarkan tubuhnya pada sofa di ruang tamu rumah rehat.Rumah ini tidak lagi seperti dahulu,jika dulu sunyinya hanya sebentar namun kini sunyinya menjadi panjang.Sejak Khai meninggalkan Dusun Sahabat, dia kehilangan teman untuk di ajak berbual dan bergurau.Dia tahu meninggalkan Dusun Sahabat bukanlah pilihan Khai. Namun atas dasar rasa tanggungjawab pada keluarga,kawan baiknya itu terpaksa pergi.Namun mereka saling berhubung antara satu sama lain.Remaja berusia 20 tahun itu menghela nafas panjangnya sendirian.
Khai memberitahunya yang dia kini masih belum bekerja kerana perlu menghantar dan menjemput adik beradiknya yang lain ke sekolah. Dalam masa yang sama juga Khai mengikuti pengajian peringkat diploma secara online dan separuh masa.Kerinduannya pada Dusun Sahabat tidak pernah pudar, seringkali Khai bercerita tentang kenangannya di sini apa mereka berhubung.
Ada juga terlintas di fikiran Sam yang dia mahu berhenti kerja di sini, namun apabila difikirkan kembali dia sudah selesa berada di tempat ini. Jika dia keluar pun, susah untuk dia mendapat gaji yang diterimanya ketika ini di tempat yang lain.Lagipun sejak dia bekerja di Dusun Sahabat, baru lah taraf kehidupan keluarganya berubah.
"Sam ooo Sam", Kedengaran suara yang memanggilnya dari luar.
"Haa kenapa Cupin?", Soal Sam kepada rakan sekerjanya itu.
"Tue ada orang datang, katanya nak tanya harga pasal rombongan sekolah." Balas Cupin lagi.
Shazuan menganggukkan kepalanya, dia kemudian melangkah keluar rumah untuk menyambut kedatangan orang tersebut.Mereka berdua berjabat tangan dan Shazuan mempelawa lelaki berusia pertengahan 30 an itu memasuki pejabat untuk berbincang.