Hasrat Nazmi dan beberapa orang penghuni asrama untuk naik ke aras 3 disekat oleh Ejoy dan beberapa orang pelajar lain dari Ting 4.Sementara itu bunyi jeritan dan bising terus kedengaran dari atas.Nazmi dan beberapa orang penghuni asrama yang lain ketika itu seterusnya dihalau sambil diingatkan tidak memberitahu sesiapa terutamanya warden mengenai apa yang berlaku di atas ketika ini.
Tidak ramai penghuni asrama yang berada di sini ketika ini.Ramai penghuni yang keluar outing bersama ibubapa mereka, ada yang ketika ini melepak di dewan sekolah untuk bermain badminton,ada yang sedang memancing di sungai berhampiran dan ada beberapa orang penghuni asrama yang memilih surau sebagai tempat untuk mereka tidur pada petang Ahad
Sementara itu di sebuah bilik di atas 3 berlaku pergaduhan di antara Abbas dan Faruki ketika ini.Kesemuanya berlaku disebabkan Abbas tidak berpuas hati apabila seorang rakannya setingkatannya dari Ting 4 di pukul oleh Faruki tempoh hari.
Pergaduhan ini juga disaksikan oleh beberapa orang pelajar Ting 4 dan Ting 5.Untuk berlaku adil,tiada sesiapa yang lain akan masuk campur dalam pergaduhan tersebut sehinggalah salah seorang daripada mereka mengalah.Ketika ini Abbas diserang bertubi tubi oleh Faruki.Sepakan kaki Faruki tadi mengenai tepat perut Abbas yang menyebabkan "Kapla" pelajar Ting 4 itu tersungkur ke lantai.Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Faruki untuk menumbuk perut Faruki bertubi tubi ketika ini.
Meskipun Abbas kesakitan,dia sedar dia tidak boleh mengalah kerana dia perlu mempertahankan "title" nya sebagai kepala pelajar Ting 4. Dan Faruki juga mempunyai sebab yang lebih besar untuk memenangi pertarungan ini,dia pasti mahu terus menjaga namanya selaku senior yang paling digeruni oleh junior di asrama ini.
Abbas akhirnya melepaskan diri dari cengkaman Faruki setelah lututnya berjaya mengenai bahagian rusuk seniornya itu yang membuat Faruki pula mengerang kesakitan ketika ini. Abbas kemudiannya bangun dan menyandarkan dirinya sebentar di dinding.Faruki masih lagi melutut sambil memegang bahagian rusuknya.
Abbas merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menamatkan pertarungan ini.Setelah dia mengumpulkan tenaganya, dia mula berlari untuk menyepak lawannya itu.Malangnya Faruki lebih bijak daripadanya, kakinya dihadang ketika dia mahu melakukan sepakan dan membuatkan Abbas tersungkur ke lantai.Mulutnya mula berdarah ketika ini.
Faruki mulai bangun dan menuju ke arah Abbas.Belum sempat Abbas membuat apa-2, satu tumbukan tepat mengenai wajahnya dan membuatkan pelajar Ting 4 itu terus mengerang kesakitan.Faruki terus mengunci leher Abbas dan membuatkan juniornya itu terkapai kapai kerana tidak dapat bernafas.
"Kau fikir kau power sangat ke sial??!! Ni aku la Iki, kau fikir kau boleh kalah kan aku ke?", Jerit Faruki.
Abbas masih lagi melawan ketika itu, dia tetap berusaha untuk melepaskan dirinya dari Faruki.Namun kemasan tangan Faruki di lehernya benar-2 membuat dia kelemasan.Kali ini dia dilutut dengan kuat pula oleh Faruki dari belakang, dalam keadaan lehernya berkunci akhirnya Abbas memberikan insyarat yang dia tidak mampu meneruskan pertarungan tersebut.Dia mengalah akhirnya.
Faruki mula melepaskan Abbas. Beberapa orang pelajar Ting 4 datang membantu dirinya ketika itu. Manakala beberapa orang pelajar Ting 5 meraikan kejayaan Faruki menundukkan Abbas, pelajar Ting 4 yang di anggap paling kuat dalam betchnya.
Ejoy yang menjaga pagar bawah ketika itu terkejut apabila Faruki berjaya menuruni tangga asrama dengan selamat.Dia dan beberapa orang kawannya yang lain terpaksa akur dengan kemenangan Faruki ke atas Abbas.