P77 : PETUNJUK

254 15 2
                                    

"Aku rasa kau tahu sebab apa aku jumpa kau ni."Ucapku kepada pelajar Ting 1 itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di sofa rumah warden.

"Saya tahu Cikgu."Jawab Bahari dengan nada yang perlahan.

"Sebelum tu aku nak tahu,ada kawan-2 kau atau budak lain tahu pasal kes tu?", Soalku kepadanya.

"Buat masa sekarang takde lagi yang tahu Cikgu.Saya minta tak adalah yang tahu, kalau tak malu saya."
Jawab Bahari lagi.

"Macam-2 rahsia budak aku simpan selama ni.Tak pernah terkeluar pun dari mulut aku.Kalau ada orang lain tahu pun itu datangnya dari mulut kau sendiri atau dari mulut orang yang tahu."Balasku kepadanya.

"Masa malam kejadian tu,siapa yang nampak kau dalam bilik tu?", Soalku kepada Bahari lagi.

"Ayah Anas dengan Ustaz Razak.Bila keadaan kecoh baru saya nampak ada budak lain datang,tapi masa tu saya dah start naik tangga dah."Jawab pelajar tersebut.

"Sape yang kau nampak masa tu?", Soalku kepada mangsa Haziq itu.

"Bang Fahem,bang Iki dengan bang benjo."Jelas pelajar Ting 1 itu.

"Sebelum hari kau jumpa Cikgu Haziq,ada tak sesiapa yang jumpa kau cakap kalau Cikgu Haziq panggil pergi je?", Soalku kembali kepada Bahari.

Haziq merenung ke syiling seperti ingin mengingati kembali apa yang berlaku beberapa hari sebelum itu dan mencari jawapan yang aku berikan tadi.Aku berharap jawapan yang dia berikan kepadaku dapat memberi sedikit petunjuk tentang perkara yang sebenarnya terjadi di sini.

"Edon je Cikgu yang datang jumpa saya.Tapi takdelah dia paksa saya datang macam Cikgu tanya tadi.Dia cuma bgth macam tu je."Jelas Bahari.

Aku bersandar di kerusiku, jawapan yang Bahari berikan bukanlah jawapan yang aku nantikan sebenarnya.Aku kemudian meminta pelajar itu bersiap untuk kembali ke kelas prep.

"Cikgu,saya baru teringat beberapa hari sebelum tu Bang Iki ada jumpa saya.Dia pesan kalau Cikgu Haziq panggil pergi je."Jawab pelajar itu setelah dia dapat mengigatinya kembali.

"Masa tu dia cakap kat kau kat mana?", Soalku kembali kepada Bahari.Aku kembali tersenyum selepas mendengar jawapan dari pelajarku itu.

"Masa balik dari kelas."Jawab Bahari ringkas.

Aku semakin yakin dengan peringatan yang diberikan berkenaan Haziq sebelum ini.Dia sebenarnya adalah gunting dalam lipatan.Aku rasa Haziq tidak pernah ada perasaan tidak puas hati kepadanya sebelum ini.Jika Haziq pun boleh dia lakukan begitu,apatah lagi diriku.

Berdasarkan apa yang diceritakan Haziq beberapa hari lepas,pada malam dia direman oleh pihak polis, dia telah meliwat Farhan di dalam tandas ketika semua penghuni asrama melelapkan mata.Aku yakin dia berbuat begitu kepada Haziq kerana sasarannya sentiasa bersama sahabatku itu.

Aku juga percaya bukan Farhan sahaja yang menjadi mangsa liwat Faruki.Aku yakin ada beberapa pelajar yang lain turut menjadi mangsa,namun mereka memilih mendiamkan diri daripada melaporkan perkara itu.
Pengalamanku sebelum ini,penghuni asrama lebih takut kepada pelajar Ting 5 yang mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada warden mereka.

Kini tinggal aku keseorangan yang akan menjadi warden di sini untuk tempoh yang aku sendiri tidak pasti. Aku tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi sepanjang aku bertugas berseorangan di sini.Aku merenung kembali carta organisasi asrama dan aku yakin aku perlu melakukan sesuatu sebelum keadaan semakin parah.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now