Raja dan Sam ketika ini sedang memeriksa sebuah bilik di bangunan baru untuk kegunaan Najwa semasa bekerja di sini.Setelah berpuas hati bahawa bilik itu tidak mengalami masalah, Sam meminta agar pekerja pembersihan membersihkan bilik itu.
Pada awalnya Wafi bercadang untuk meminta Najwa menggunakan bilik yang dahulunya digunakan oleh Amir di block kontena, namun dia bimbang Najwa ketakutan kerana di situ sememangnya sunyi jika tiada penghuni.Di bangunan baru pula mungkin tempatnya lebih terjamin keselamatannnya, sekurangnya ada juga kakitangan yang lain memerhatikannya kerana bangunan blok baru terletak berhadapan dengan rumah pekerja.
Muhaimin pula memilih untuk tinggal diluar bersama ahli keluarganya yang lain.Dia menyewa rumah teres yang berhampiran dengan Dusun Sahabat.Ini bermakna Muhaimin akan berulang alik dari rumahnya ke tempat kerja setiap hari.
Namun Muhaimin juga sedar bahawa jadual kerjanya tidak menentu seperti mana yang dimaklumkan oleh Wafi dalam mensyuarat tadi.Mawaddah, gadis comel bertubuh sederhana itu pula sama sahaja seperti Muhaimin.Cumanya dia akan berulang alik dari rumahnya yang terletak di Pekan Rembau.Jika dia duduk bujang boleh sahaja dia menumpangkan Najwa di rumahnya, namun rumah yang didudukinya sekarang adalah rumah keluarga.
Sam pula bakal mendapat kawan yang baru iaitu Aminol.Pemuda tinggi lampai berusia 24 tahun dari Kedah itu bakal menginap di bilik Khai. Sam telah membawa Aminol memasuki rumah rehat dan membawa Aminol ke biliknya.Aminol akan meninggalkan barangnya di sini sebelum kembali pulang ke rumah kakaknya di Setiawangsa.Dia akan datang kembali ke Dusun Sahabat pada Ahad ini.
______________________________________
Disebabkan cerita yang berlaku pada tahun 2023 terlalu panjang, aku membuat keputusan untuk menamatkan sahaja ceritaku di sini sebelum bersambung ke cerita GURU 2023 (JILID 2).Buat semua pembaca,terima kasih kerana meluangkan masa membaca nukilan ceritaku dari ASRAMA 2005 hinggalah kini.Jika penceritaanku tidak menepati citarasa ataupun kehendak kalian,aku memohon maaf.
Ini adalah cerita mengenai pengalaman hidupku dari dulu sehingga kini.Moga kita berjumpa dalam GURU 2024 (JILID 2) pada masa terdekat ini.
Salam Malaysia Madani.