P99 : NASIHAT PAK SAMAD

197 11 0
                                    

Hanya Khai seorang diri sahaja yang tidur di rumah rehat ketika ini.Sam pula berada diluar kerana dia mempunyai exam dan perlu berada di tempat dia belajar.Dia masih lagi fikirkan beberapa perkara sebelum ini.Ada kalanya dia merungut sendirian,untuk menghilangkan kekusutan dia menyibukkan dirinya dengan mencari kerja atau tugasan di Dusun Sahabat.

"Kamu kenapa Khai? Pak Samad tengok muka kamu macam serabut je." Soal Pak Samad kepada remaja berwajah tampan itu.

"Eh mana ada Pak Samad.Saya okay je."Kata Khai yang cuba menyembunyikan masalah yang dia hadapi ketika ini.

"Pak Samad usia dah 58 tahun Khai. Budak umur macam kamu tok sah la nak menipu."Jawab Pak Samad sambil ketawa.

"Entah lah Pak Samad.Saya pun tak tau apa yang saya fikirkan masa ni", Kata Khai.

Pak Samad yang berusia pertengahan 50 an itu memandang tepat ke arah wajah Khai.Dia dapat meneka yang remaja berusia 20 tahun itu sedang dalam masalah berdasarkan pengamatan mata kasarnya.Bagi Pak Samad mereka yang berada di sini sudah seperti anak-2 nya sendiri.

"Kenapa Khai? Apa yang kamu fikirkan?" Soal keluarga kamu? ", Teka Pak Samad ketika itu.

"Pasal ibu Pak Samad.Tapi macam mana Pak Samad tahu?", Soal Khai dengan wajah penuh kehairanan.

"Orang usia kamu ni Khai hanya fikir 3 perkara je.Keluarga,duit dengan awek.Kamu tak ada masalah dengan duit sebab gaji kamu dekat sini pun jarang sentuh,simpanan kamu mesti banyak.Tentang awek Pak Samad tak pasti sebab kamu sentiasa ada je dekat sini.Pasal pelajaran lagi kamu takkan fikir sebab lelaki jarang risaukan benda tu.Paling terdekat dengan kamu pun masalah keluarga kalau ada."Jelas Pak Samad lagi.

"Tentang ibu Pak Samad.Dia baru-2 ni kena tukar tempat kerja,jadi dia minta saya berhenti dan jaga adik-2 kat rumah uruskan sekolah diorang." Luah Khai dengan nada yang berat.

"Tak ada cara lain ke?", Soal Pak Samad lagi.

"Saya ada bagitahu ibu yang saya boleh bayarkan transport untuk adik-2 saya.Ibu saya kata itu tak jadi masalah sebenarnya,masalah yang betul siapa yang nak jaga dorang kat rumah sebab ibu saya boleh balik Jumaat sampai Ahad je.Hari biasa nak balik jauh Pak Samad.Rumah dekat Senawang tempat kerja baru ibu dekat Rawang."Terang Khai lagi.

"Apa pilihan kamu sekarang?", Soal Pak Samad kepada remaja tersebut.

"Entah lah Pak Samad.Saya sebenarnya dah selesa kerja dengan duduk kat sini.Tempat ni memang buat saya rasa tenang je."Jawab Khai pula.

"Bukanlah Pak Samad nak cakap lebih,tapi sebagai seorang lelaki memang ibu yang kita perlu utamakan dulu Khai.Itu tugas kita kat dunia ni walaupun kita dah berkahwin nanti."Jawab Pak Samad pula.

"Saya tahu Pak Samad, tapi entah lah Pak Samad hati saya rasa berbelah bahagi.Nanti apa kata abang Wan dengan Cikgu Wafi?", Luah remaja itu lagi.

"Bang Wafi kamu pasti faham dan dia pun akan cakap benda yang sama macam Pak Samad.Bang Wan kamu tu cuma ikut je cakap Bang Wafi kamu tu.Kamu bincang lah benda ni dengan Bang Wafi kamu.Hari ni dia ada balik kan?" Kata Pak Samad kepada Khai.

"Cikgu Wafi balik hari ni Cikgu.Petang sikit sampai lah tu."Balas Khai lagi

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now