Flight yang aku naiki bersama Shazuan sudah pun mendarat di Pulau Langkawi.Aku akan berada di sini selama 3 hari 2 malam untuk bercuti bersama Shazuan.Hanya kami berdua dan tidak ditemani sesiapa.
Aku meluangkan masa cutiku yang diluluskan oleh tuan pengetua untuk bersama Shazuan di sini.Pasti ramai tertanya mengapa aku tidak ke Thailand sahaja kerana kosnya lebih murah.Aku memilih Langkawi kerana aku sudah terbiasa dengan suasana di sini, tambahan pula aku mahu menghantar kad jemputan perkahwinanku kepada beberapa orang kawanku yang menetap di sini.
Hotel FARIA menjadi pilihanku untuk bermalam di sini kerana kedudukannya yang terletak berhampiran pantai.Lagipun harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan servis yang disediakan. Banyak juga kedai makan yang terletak berhampiran hotel ku ini.
Shazuan tersenyum riang sebaik sahaja kami memasuki bilik hotel. Kami berdua berehat seketika di atas katil sebelum keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.Aku rasa ini adalah kali pertama kami bercuti bersama selepas bertahun tidak melakukannya.Aku dan Shazuan masing-2 sibuk dengan urusan kerja masing-2.
Tujuan aku membawa Shazuan bercuti adalah untuk menikmati waktu akhir bersama secara berdua. Jumaat ini aku bakal menjadi suami Aida.Sebab itu aku mahu memanfaatkan tempoh yang berbaki ini bersama adik angkatku itu.Aku rasa Shazuan juga sedar akan perkara itu.
Kami berdua sering bersama dari aku berusia 15 tahun lagi.Malah ibu bapanya sendiri yang mengambilku untuk dijadikan anak angkat keluarga mereka.Kepercayaan mereka kepadaku cukup besar meskipun aku bukan darah daging mereka.Aku juga turut menumpang kasih sayang dengan kedua orang tua Shazuan. Namun tidak lama,kedua orang tuanya terkorban dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2008.
Ketika itu hanya Mak Ngah sahaja yang kelihatan mahu bertanggungjawab menjaga Shazuan. Kemalangan itu bukan sahaja mengorbankan ibu dan ayah Shazuan, malah menyebabkan kematian dua adiknya yang lain. Saudara maranya yang lain pula sibuk menuntut harta peninggalan kedua orang tua Shazuan ketika itu.
Hanya Mak Ngah sahaja yang benar-2 mahu bertanggungjawab ke atas Shazuan.Begitu juga dengan En Firdaus dan Uncle Adnan.Namun hubungan Shazuan dengan Uncle Adnan lebih rapat kerana mereka memang berjiran,rumah terletak bersebelahan sahaja.Uncle Adnan bukan sahaja menjaga Shazuan ketika itu, malah dia turut sama menjagaku.
Kami berdua ditatang bagai minyak yang penuh oleh Uncle Adnan.Suatu ketika dahulu dialah yang sanggup berulang alik menghantar kami ke asrama.Bahkan ketika aku di MRSM Melaka dan Shazuan di sekolah Rembau,insan mulia itu juga lah yang menghantar kami berdua.Uncle Adnan tidak pernah berkira dengan kami.
Berbalik kepada hubungan aku dan Shazuan, meskipun kami bukan dari darah daging yang sama namun hubungan kami cukup akrab.Shazuan sudah menjadi sebahagian dari hidupku.Ke mana aku pergi sudah pasti aku ada.Cuma apabila kami berdua masing-2 sudah berkerjaya, kesibukan itu seolah merenggangkan sedikit hubungan kami.
Namun Shazuan masih Shazuan yang sama aku kenali dulu meskipun usianya sudah menginjak awal 30 an.
Kami masih tidur bersama dan hanya memakai spender.Kami berdua masih lagi tidur berpelukan dan bercium antara satu sama lain.Namun sejujurnya sejak aku dan Aida bertunang,sudah lama aku dan Shazuan tidak membuat hubungan di atas ranjang.Bahkan Shazuan langsung tidak pernah bertanya tentang persediaan perkahwinanku dan aku juga tidak pernah bercerita kepadanya mengenai perkara itu.Mungkin kami berdua lebih menjaga hati dan perasaan masing-2 ,apatah lagi selepas ini kami bakal membawa haluan sendiri.