Khai mula memberikan lambaian kepada ibunya,Pn Kamariah yang mula memandu keretanya keluar dari Dusun Sahabat.2 jam selepas itu kereta yang dinaiki oleh Cikgu Wafi mula masuk dan diparkir di halaman rumah rehat.Wajah cikgu yang berusia 30 tahun itu seakan lega apabila ibu Khai sudahpun beredar daripada sini.
"Bang Wan kau mana? Tak balik lagi ke?", Soal Cikgu Wafi kepada Khai.
"Belum balik lagi Cikgu.Agaknya kat KL lagi kot." Balas Khai ringkas.
Cikgu Wafi kemudiannya bergegas ke pejabat,dalam masa yang sama dia meminta Khai memanggil Pak Samad untuk menemuinya di pejabat sekarang.Khai dengan segera menuruti arahan Cikgu Wafi dan mencari Pak Samad dengan segera.
"Ada apa Wafi?", Soal Pak Samad kepada pemuda yang berwajah cemas ketika itu.
"Pak Samad,lepas raya ada tempahan untuk dewan indoor dengan bilik tak kat blok E tu?", Soal Cikgu Wafi untuk mendapatkan kepastian.
"Kejap Pak Samad check", Kata lelaki yang sudah berusia pertengahan 50 an itu.
Sementara itu diluar, kereta yang dinaiki oleh Shazuan dan Syafiq baru sahaja tiba di Dusun Sahabat.Kedua mereka berwajah ceria ketika ini semasa disambut oleh Khai dan Sam.
Kelihatannya Syafiq juga dalam keadaan yang cukup ceria,riak raut wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia tahu apa yang terjadi kepadanya malam tadi.Shazuan dan Syafiq kemudiannya masuk ke dalam rumah rehat untuk meletakkan barangan peribadi mereka.Manakala Sam dan Khai menjalankan tugas mereka masing-2 di sini.Sam perlu bergegas menemui Isa dengan segera untuk mempersiapkan peralatan untuk aktiviti ATV dan Jungle Tracking pada petang dan malam ini.
"Kalau outdoor dah ada tempahan Wafi,kalau indoor belum.Bilik dekat situ pun setakat ni tiada lagi tempahan,tapi chalet dah hampir penuh.Kenapa Wafi?", Tanya Pak Samad pula.
"Saya ambil dewan dengan semua bilik Pak Samad untuk majlis saya nanti.Nanti Pak Samad bagitahu saya berapa kos."Kata Wafi kepada Pak Samad,wajahnya kelihatan cukup lega mendengar jawapan dari Pak Samad.
"Baik Wafi,tapi tentang bayaran tu Wafi bincang lah dengan Shazuan dulu.Pak Samad tak boleh nak buat keputusan.Tambahan pula tempat ni Wafi yang bangunkan." Kata Pak Samad lagi.
"Kalau semua benda free habislah Pak Samad.Takpe,saya bayar je macam biasa.Nanti Pak Samad buat je anggaran kos berapa." Arah Wafi lagi.
______________________________________
Syafiq merasakan tubuhnya begitu letih sekali ketika ini.Hendak dikatakan tidak cukup rehat mustahil,
tambahan pula dia lena awal pada malam tadi.Tengahari tadi sekitar 12.10 tengahari,barulah dia sedar.
Dia kemudiannya segera mencapai tualanya dan menuju ke tandas."Menung apa dik?", Soal Shazuan, abang angkatnya.
"Takde apa lah bang.Cuma badan saya rasa penat.Pelik betullah padahal malam tadi dah tido awal dah", Kata remaja berusia 19 tahun itu.
"Adik lebih tidur lah tu.Takpa adik rehat lah dulu.Abang nak ke opis jap Bang Wafi panggil." Kata Shazuan lagi.Syafiq sekadar menganggukkan kepalanya.
Khai ketika itu pulang kembali ke rumah rehat,dia tertinggal handphonenya di dalam bilik.Semasa dia melintasi bilik Shazuan,dia terkejut apabila Khai memanggilnya.
"Lahh kau penakut ke Khai?", Soal Syafiq sambil ketawa."Hahaha bukan takutlah bang.
Terkejut je.Ingatkan dah takde orang dalam rumah."Jawab Khai lagi sambil tersenyum malu."Tolong letupkan badan abang jap, rasa lengguh betul badan." Kata Syafiq yang meminta pertolongan dari bekas junior sekolahnya itu.