P135 : BICARA KHAI

155 13 0
                                    

"Barang semua dah kemas ke belum?", Soalku kepada Khai yang berada di hadapanku ketika ini.

"Dah Cikgu." Jawab Khai ringkas.

Minggu ini merupakan minggu akhir untuk remaja berusia 20 tahun yang tampan ini bekerja di Dusun Sahabat. Sudah pasti ini bukanlah sesuatu yang mudah untukku dan Shazuan, namun kami berdua tiada pilihan selain menerimanya dengan hati terbuka.

"Ramai ke yang duduk chalet hari ni?", Soalku kepada Khai.

"Ramai juga Cikgu.Cuma ada beberapa orang je la yang belum check in.Sam kata dia boleh uruskan sebab dia nak belajar." Jawab Khai, aku begitu senang hati mendengar jawapan sebegitu.

Aku tidak tahu mengapa hari ini aku rasakan cukup bahang dan panas. Angin sepoi bahasa yang selalu bertiup di Dusun Sahabat juga tidak seperti sebelum ini.Sama ada aku sudah lama tidak datang ke sini ataupun kerana sekarang merupakan musim panas.Di Alor Gajah sudah seminggu panas terik tanpa hujan.

"Rasa berlengas pulak badan aku ni. Jom Khai sambung sembang dalam rumah."Pelawaku kepada remaja berusia 20 tahun itu.

Aku tetap berbual bersama Khai dalam perjalanan masuk ke rumah rehat.Aku lebih suka perbualan santai dan sebab itu aku memilih untuk tidak berbual di dalam pejabat.Inilah kali pertama aku masuk ke rumah rehat selepas sekian lama.

Khai yang tadi berbual rancak denganku tadi tiba-2 mendiamkan diri.Sebaik sahaja aku menoleh ke arahnya, aku dapat melihat air matanya bergenang pada kelopak mata.Secara tiba-2 aku berasa risau dan bimbang dengan perubahan Khai ketika ini.

"Eh Khai, kau kenapa ni? Okay tak?", Soalku kepada remaja berusia 20 tahun itu.

"Takde apalah Cikgu.Cuma saya rasa sedih sikit dengan apa yang jadi sekarang ni."Jelas Khai sambil mengesat air matanya.

Aku menyuruh Khai duduk dahulu untuk menenangkan emosinya dan aku ke dapur sebentar untuk membancuh air.Aku faham perasaan dilema yang dilalui oleh remaja terbabit.Aku juga dalam dilema ketika membuat keputusan tersebut, namun aku tiada pilihan lain kerana hal ini berkaitan dengan keluarga.

Sekembalinya aku di ruang tamu, aku melihat emosi Khai mulai stabil.Aku tidak lagi berbual mengenai hari terakhirnya bekerja pada minggu ini. Kami berbual perkara lain yang tiada dengan kaitan pun dengan kerja di Dusun Sahabat.Ada kalanya kami topik yang kami bualkan membuatkan kami masing-2 ketawa.

"Cikgu, saya ada benda nak cerita dengan Cikgu ni." Ucap Khai ketika itu.

"Menarik ke tak cerita kau ni? Kalau tak menarik tak payah lah." Jawabku sambil ketawa.Khai turut ketawa kecil ketika itu.

"Cikgu kenal lama ke dengan Abang Khairol yang dari Sabah tu?", Soal Khai kepadaku.

"Kenal lama lah jugak.Lama jugak dia kerja kat sini sebelum kau masuk.Dia masuk selepas Shauki.Kenapa dengan dia?", Soalku kembali kepadanya.

"Hmm.Saya nampak dia buat benda tu hari tu dengan Sam." Jawab Khai dengan nada yang perlahan.

"Buat? Buat apa?", Soalku kembali dengan penuh kehairanan.

"Buat yang macam Cikgu pernah buat kat saya dengan Sam dulu."Jawab Khai sambil memandang wajahku.

Aku tergamam apabila Khai memberitahu perkara ini kepadaku. Mulutku seolah terkunci dan lidahku umpama dihimpit batu.Ruang tamu yang riuh tadi kembali sunyi.Aku memandang wajah Khai yang seolah menanti jawapan balas dariku.Aku mulai bimbang,adakah pekerjaan  tidak wujud yang aku reka dahulu dapat diketahui oleh Khai pada akhirnya?

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now