P119 : AIB DITUTUP

200 12 4
                                    

Aku ketika ini sedang melepak dan berbual dengan adik beradikku yang lain yang bermalam di sini.Mereka berada di sini dari semalam untuk menghadiri majlis pernikahanku yang berlangsung petang tadi dan majlis persandinganku yang berlangsung esok.Anak-2 buahku pula ketika ini sedang bermain berkejaran di halaman Dusun Sahabat.

Sebenarnya aku dengan adik beradikku memang jarang berjumpa.
Apatah lagi aku bekerja dan menetap di sini berbanding mereka yang menetap di Putrajaya dan Kajang. Jadi sudah pasti kesempatan ini kami gunakan untuk berbual panjang terutamanya dalam bab keluarga.

Sebelum aku berjumpa dengan adik beradikku, sempat juga aku makan malam bersama isteriku Aida di ruang makan Dusun Sahabat bersama ahli keluargaku dan keluarganya yang lain.Aku dan Aida juga sudah sepakat untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga dan kawan masing-2 selagi majlis persandingan kami belum selesai.

Sedang aku berbual bersama adik beradikku ketika ini, dapat juga aku melihat Aida yang sedang bermesra dengan kawan-2nya yang hadir bermalam di sini.Ibu bapaku dan ibu bapanya juga masih kelihatan di ruang makan berbual santai, mungkin sedang berbincang untuk majlis esok.

Dari sini juga aku dapat melihat adik angkatku, Shazuan sedang berbual dan bergurau dengan Shauki dan juga Khairol.Aku sebenarnya rasa berterima kasih kepada mereke berdua kerana hadir,sekurangnya mereka boleh menemani Shazuan buat seketika.Tidaklah Shazuan merasakan dirinya keseorangan.
______________________________________
"Kau kenapa Sam? Dari petang tadi aku tengok lain macam je." Soal Khai kepada kawan baiknya.Mereka berdua hanya melepak di dalam bilik sahaja ketika ini.

"Tak ada apalah Khai.Cuma aku penat.", Jawab Sam ketika itu.

"Pelik lah kau ni.Kalau ada pape kau bagitahu je lah aku.Tak payah nak simpan-2." Pesan Khai lagi.

"Yelah, ada pape aku bagitahulah kau.
Senyap je rumah ni.Mana yang lain?", Soal Sam.

"Bang Wan dengan kawan dia ada kat luar tu melepak.Cikgu Wafi aku tak tau kat mana.Jumpa bini dia kot." Jawab Khai selepas mengintai di tingkap.

"Sekali dengan Bang Nizam ke?", Soal Sam lagi.Dia sememangnya berasa takut dan segan apabila berharap dengan Nizam selepas dirinya tertangkap pada petang tadi.Dia amat bimbang dan pasti berasa malu sekiranya Bang Nizam memberitahu mereka yang lain tentang apa yang dia lakukan di bilik tadi semasa mereka keluar ke Seremban.

"Bang Nizam dah balik lah petang tadi.Esok dia balik kampung orang rumah dia itu lah masa bersanding tadi dia datang." Jawab Khai. Sam yang mendengar penjelasan tersebut berasa lega serta merta.Namun dia tidak pasti sama ada Nizam ada membuka cerita itu pada yang lain ataupun tidak.

Khai memberanikan dirinya untuk keluar dari bilik dan menuju ke tempat Shazuan dan kawannya yang lain melepak.Tujuannya hanya satu, untuk mengetahui adakah Nizam ada memberitahu mereka apa-2.Namun apabila dia tiba, perkara tersebut langsung tidak dibangkitkan malah Shazuan dan rakannya yang lain melayan dirinya seperti biasa.

"Wan, nanti jangan lupa tengok dewan. Takut ada yang tak siap." Pesan Wafi ketika menghampiri mereka tadi.

"Okay bang, kejap lagi Wan tengok. Last tadi dorang tengah hias pentas." Jawab Shazuan.

"Bang, malam ni abang tido mana? Tido dengan bini ke?", Soal Shauki kepada Wafi.

"Minggu ni tak boleh. Banyak syaitan lagipun line tak clear." Jawab Wafi bersahaja sambil memandang wajah Sam.Shauki yang mendengar jawapan Wafi ketawa bersama kawan-2 nya yang lain.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now