P149 : NOSTALGIA

164 13 0
                                    

Aku berada di pangkin berhadapan dengan sungai ketika ini sambil menghembuskan asap rokokku.
Aku termenung sendirian sambil berfikir tentang bermacam perkara.
Untuk hari ini sahaja 3 orang telah datang untuk proses temuduga di sini. Namun hanya Najwa sahaja yang berjaya menambat hatiku.Baki 2 orang lagi tidak memenuhi kriteria yang aku ingin.

Esok akan ada 4 orang calon lagi yang akan hadir ke sini untuk proses temuduga.Aku berharap diberikan pilihan yang lebih banyak berbanding satu yang sekarang.Dalam masa yang sama juga aku berfikir di mana tempat tinggal Najwa di sini seandainya dia seorang sahaja yang melepasi tapisan itu?

"Cikgu, apa khabar?", Tegur Sam kepadaku.

"Eh Sam.Baik je Sam.Kau apa cite dekat sini?", Soalku kembali kepada bekas pelajarku itu.

"Saya macam ni je la Cikgu.Lama Cikgu tak datang sini.Rasa terkejut pulak bila Cikgu datang." Kata Sam sambil ketawa.

"Hahaha sial. Biasa lah Sam dah berbini nanti kau tahu lah.Ni aku datang pun sebab nak interview orang kerja sini." Jelasku kepada Sam.

"Ouh ada orang interview ke? Patutlah saya nampak ada awek cun tadi masuk opis, ingatkan dia nak booking ke apa.Saya nampak Cikgu ada saya biar je lah." Kata Sam lagi.

"Yep, untuk isi tempat Khai. Tapi buat sementara ni kau pegang je lah dulu macam biasa sampai dapat kata putus.Then nanti aku harap kau tak terasalah." Kataku lagi kepada Sam.

"Haa terasa? Terasa pasal apa Cikgu?" Soal remaja berdarah Indonesia itu.

"Yelah, sebab aku tak kekalkan kau kat tempat Khai."Jawabku pula.

"Takde apalah Cikgu.Saya tak kisah pun asalkan Cikgu tak buang saya je. Lagi pun tak semua orang boleh duduk kat tempat Khai tu, saya pula baru belajar duduk kat situ,okay je walaupun untuk sementara." Balas Sam lagi.

Sam meminta izin untuk menyambung kerjanya apabila namanya di panggil oleh Raja.Dengan pantas remaja tersebut melangkah menuju ke arah lelaki berbangsa India itu.Sejak Pak Samad jatuh sakit dia lah yang memberi tunjuk ajar kepada Sam serta menggantikan tempat Pak Samad di sini.

Aku melangkah masuk ke rumah rehat, seperti Sam aku juga rindukan suasana yang bising dan ceria di rumah ini.Namun tiada apa yang boleh aku lakukan kerana semua mempunyai tujuan dan sebab dalam perjalanan hidup masing-2. Biarlah rumah ini menjadi saksi betapa seronok dan riangnya kami dahulu apabila berada di sini.

Tombol pintu bilik Khai mula aku buka.Bilik lama Khai ini kelihatan cukup kemas namun sedikit berhabuk mungkin kerana sudah lama tidak digunakan.Aku duduk sebentar atas katil yang pernah menjadi tempat Khai dan orang sebelumnya melelapkan mata.

Seterusnya aku memasuki pula bilik Sam.Dia juga sudah berubah tidak seperti dulu.Biliknya sudah pun berkemas dan tersusun rapi meskipun dia hanya tinggal berseorangan sahaja di dalam bilik. Selain itu juga aku melihat gambar yang Sam gantungkan di dalam bilik ini.Kebanyakannya adalah gambar semasa kami semua berada di Dusun Sahabat suatu masa dulu.

Aku berasa kepenatan sekali, mungkin aku perlukan masa untuk berehat sebentar di dalam bilikku. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik Sam,handphoneku berbunyi dan mendapat satu panggilan dari no yang tidak dikenali,
"Ni Encik Wafi ke? Saya Aminul yang dipanggil temuduga pada hari ini.
Encik Wafi ada di mana ya? Saya berada di depan pejabat." Kata suara itu.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now