Faruki telah pun masuk ke dalam biliknya.Dia masih berang dengan kejadian tadi.Ikutkan hatinya ingin sahaja dia membelasah Imran dan Nukman dengan teruk.Namun dia membatalkan hasratnya selepas Nukman teresak menangis merayu supaya tidak di pukul.
Dia sudah membuat keputusan, esok dia akan mengumpulkan semua penghuni asrama untuk memberikan peringatan keras.Dalam masa yang sama juga dia sedang menimbang hukuman yang bersesuaian untuk mendenda kedua penghuni asrama tersebut.
Sementara itu,Nukman yang ketakutan baru sahaja masuk ke biliknya.Mujurlah Zaki belum mengunci biliknya, jika tidak pasti Nukman aku bermalam diluar pada malam ini.
"Kau ke mana tadi Nukman?", Soal Zaki kepada penghuni biliknya itu.
"Dari Tingkat 3 bang", Jawab Nukman ringkas.
"Kau pesal mata merah ni, kau menangis ke? Sape yang pukul kau?", Soal Zaki dengan suara yang penuh kebimbangan.
"Eh mana ada bang. Takde apa pun." Balas Nukman.
"Asal bau rokok ni? Kau hisap rokok ke?", Soal Zaki lagi.Ketika ini giliran Timb Ketua Asrama itu pula bertanya dengan suara yang keras.
Kerana bimbang Zaki memukulnya, akhirnya Nukman berterus terang tentang apa yang terjadi.Dia menceritakan semua perkara yang berlaku termasuklah cerita dia kantoi merokok dengan Faruki sebentar tadi.
Zaki hanya mengelengkan kepalanya sahaja ketika ini."Bang Iki kau tu dah lah panas baran. Kau pulak boleh buat hal kat sini. Bodoh betul lah kau ni." Kata Zaki dengan suara yang geram.Nukman hanya mendiamkan diri sahaja ketika ini.Rasa takut dan bersalah mula menyelubungi dirinya ketika ini.
"Kau pergi lah tidur, esok aku talk dengan Bang Iki kau macam mana. Ni kalau dapat tahu kat Cikgu Haziq dengan Cikgu Wafi memang habis kau ni." Jelas Zaki lagi.Nukman hanya mendiamkan diri dan menurut sahaja arahan dari seniornya itu.
Nukman kemudiannya melihat Zaki mula keluar dari biliknya.Tidak pasti tidak ke mana arah tujuan seniornya itu,tetapi dia dapat berasakan yang Zaki pergi menemui Faruki untuk berbincang mengenai kesalahan yang dia lakukan tadi.
______________________________________
Aku dan Nazmi masih berbual dengan rancak di kuartersku.Jam sudah menunjukkan pukul 1.40 pagi. Berkali juga aku dan Nazmi menguap tapi kami berdua masih berbual.
"Kunci bilik kau ada tak?", Soalku kepada Nazmi."Takde Cikgu.Abang Fayyad yang pegang.Time macam ni dah tidur dah dia tu." Jawab Nazmi sambil menguap.
"Haa takpe lah kau tido je la sini malam ni.Kang kau kejut dorang takut semua terbangun, elok-2 dorang dah tidur semua segar balik mata." Kata ku kepada Nazmi.
"Elok jugak Cikgu, sebab saya memang malas dah nak balik bilik ni. Kat mana Cikgu saya boleh tidur?", Soal Nazmi semula.
"Ikut kau lah Nazmi. Tidur kat sofa ni pun boleh. Tidur kat bilik tu pun boleh." Jawabku lagi sambil jariku menuding ke arah bilik di sebelah bilikku.
"Esok kau jangan bangun lambat pulak.Dah bangun terus ke surau untuk subuh.Kang tak pepasal dorang cakap aku bela kau pulak." Pesanku lagi kepada Nazmi. Pelajar Ting 3 itu hanya ketawa kecil sahaja ketika itu.
Nazmi membuat keputusan untuk tidur di ruang tamu sahaja.Aku pula mula memasuki bilikku.Rasa penat dan mengantuk semakin menguasai diriku.Suara dari TV sudah tidak lagi kedengaran.Aku kemudiannya baring di atas katil dan tidak lama selepas itu aku tertidur.