"Untung kau ye Sam, kitorang semua tak pergi lagi rumah Wafi kau sorang saje dah pergi." Kata Raja dengan loghat tamilnya sambil disambut dengan tawa dari kakitangan yang lain.
Sam hanya tersenyum sahaja ketika ini mendengar usikan dari Raja dan kawan-2nya.Memang benar dia orang pertama dari Dusun Sahabat yang menjejakkan kaki di rumah Wafi. Malah Shazuan, adik angkat kepada Wafi sendiri belum pernah lagi pergi ke sana.
Malam tadi begitu lain di rasakan oleh Sam.Meskipun dia tidur seorang diri sahaja di dalam bilik, namun dia berasa selesa menginap di rumah Wafi. Tambahan pula layanan yang baik dari Cikgu Wafi selaku tuan rumah bersama isterinya yang di panggil Kak Aida.Kak Aida melayan Sam seperti ahli keluarganya sendiri.
Karakter Cikgu Wafi juga cukup berbeza dengan penampilan yang dia kenali sebelum ini.Cikgunya itu langsung tidak meninggikan suaranya apabila berbual dengan isterinya, malah tutur kata Cikgu Wafi begitu sopan dan lembut.Malah terlihat kemesraan diantara pasangan suami isteri itu dari segi gurauan mereka. Imej Cikgu Wafi yang selama ini dikenali "tiada perasaan" berubah serta merta.
Remaja itu kemudiannya meninggalkan rakan sekerjanya yang lain untuk menyambung tugasnya di pejabat.Meskipun jawatan yang disandangnya ini hanya sementara, namun tanggungjawabnya pada tugas dipikul sebaik mungkin.Malah dia sendiri tidak berkecil hati mengenai hasrat Cikgu Wafi untuk mencari orang lain bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Khai itu.
______________________________________
Aku telah pun tiba di Dusun Sahabat tepat jam 3.00 petang.Sebaik aku tiba, aku melihat 2 orang lelaki dan seorang wanita sedang menungguku di tepi pejabat.Mereka bertiga ini adalah kumpulan yang terakhir yang akan aku temuduga sebelum membuat keputusan memilih yang terbaik di antara mereka."En Wafi, saya Zuhair.Salam perkenalan dari saya." Kata pemuda itu sambil menghulurkan air kepadaku.
"Eh, air apa pulak ni?", Soalku kepadanya.Pertanyaan spontanku itu membuatkan 2 orang yang lain itu ketawa kecil.
"Saya belikan untuk En tadi dalam perjalanan ke sini.Ambillah sebagai tanda perkenalan dari saya." Kata Zuhair dengan senyumannya yang lebar.
Aku sebenarnya dari dulu mempunyai kepantangan apabila berhadapan dengan orang yang kuat mengipas.Itu adalah sikap yang paling aku benci sejak dahulu.Ikutkan hatiku ingin sahaja aku memarahinya di sini namun aku bimbang tindakanku itu mengundang rasa malu pada dirinya.
"Takpe lah aku tak minum kalau semua tak dapat.Kau tunggu lah luar dulu sampai aku panggil", Jelasku kepada Zuhair.
Dia memegang kembali minuman yang dia hendak berikan kepadaku dengan wajah yang masam.
Menyedari aku tidak menyukai tindakannya, dia terus berlalu menaiki kereta Bezza lalu terus meninggalkan Dusun Sahabat.Aku menggeleng sahaja melihat tindakan pemuda itu.Jika dia adalah Shazuan atau staff lain di sini sudah pasti tamparan aku akan singgah ke wajahnya.
"Siapa yang sampai dulu?", Soalku kepada mereka berdua yang masih lagi tinggal. Masing-2 lelaki dan wanita."Dia En sebab dia sampai dulu sebelum saya." Ucap wanita dalam lingkungan umur 27 tahun itu sambil menunjukkan lelaki yang berada di sebelahnya.
"Haa kau ikut aku masuk dalam." Arahku kepada lelaki tersebut.
Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Muhaimin yang berasal dari Seremban.Pemuda bertubuh gempal itu baru berusia 27 tahun dan dia amat mahir dengan kerja IT berdasarkan resume yang dia berikan kepadaku.Kata Muhaimin, dia dulu pernah berkerja di Honda Melaka.