Khai telahpun memasuki biliknya ketika ini.Sebentar tadi dia telah terserempak dengan Cikgu Wafi di halaman Dusun Sahabat,kata Cikgu Wafi dia mahu pulang sebentar ke Kajang kerana mempunyai urusan keluarga di sana.Baru sahaja dia meletakkan punggungnya di atas katil,telefonnya berbunyi rupanya panggilan itu daripada ibunya.
"Along kat mana?", Tanya ibunya Pn Kamariah.Dia memang memanggil Khai dengan nama along kerana Khai merupakan anak sulung dalam adik beradiknya.
"Khai ada kat bilik ni ibu.Kenapa?", Soal Khai dengan suara yang lembut.
"Ibu dah sampai kat depan ni.Marilah sambut ibu", Jelas Pn Kamariah lagi.
Khai sebenarnya terkejut apabila ibunya hadir ke sini secara tiba-2. Sebentar tadi memang dia ada bertanyakan khabar kepada ibunya melalui WhatsApp,namun dia sendiri tidak menjangka ibunya secara tiba-2 muncul di sini.Pn Kamariah menyambut tangan anak sulungnya itu yang mahu bersalaman dengannya.Sudah lama dia tidak menemui anaknya itu,semakin segak dan tampan Khai sekarang seperti arwah ayahnya dahulu.
"Khai sorang je ke? Mana yang lain?", Soal Pn Kamariah sambil matanya melilau mencari yang lain.
"Cikgu Wafi balik Kajang, ada hal. Bang Wan keluar ibu pergi KL. Sam je ada tapi dekat bengkel kot.", Jelas Khai lagi.
"Ibu saje je datang sini, rindu dekat anak ibu yang kacak ni.Nak tunggu along balik tak tau bila." Perli Pn Kamariah kepada Khai.Anak sulungnya itu hanya tersenyum sahaja.
"Ibu, adik nak mandi sungai", Luah adik Khai yang paling bongsu.Pn Kamariah kemudian membenarkan anaknya untuk mandi di sungai sambil ditemani oleh anak keduanya, Zara.
"Ibu nak bermalam kat sini ke malam ni?", Soal Khai kepada ibunya.
"Ibu nak bermalam dekat sini sampai esok.Ada bilik kosong lagi tak?", Soal ibunya yang berusia pertengahan 40 an itu.
Dahi Khai mula berkerut,memang sudah tiada langsung bilik ataupun chalet kosong ketika ini di Dusun Sahabat.Semuanya telah penuh ditempah.Dia tidak mahu ibunya berasa kesal kerana tiada penginapan tersedia untuknya,jadi Khai memberikan alasan untuk mahu ke pejabat untuk memeriksa rekod sekiranya terdapat kekosongan bilik.
Sam ketika itu baru sahaja pulang dari kolam ikan,dari jauh dia sudah dapat mengenal kereta yang diparkir di halaman rumah rehat itu kepunyaan ibu Khai.Bagaimanapun dia amat terkejut kerana Khai berada di dalam pejabat dengan wajah yang kusut.Segera dia menolak pintu pejabat dan menghampiri kawan baiknya itu.
"Weh Khai,sejak bila kau jadi anak derhaka ni? Ibu kau ada sini kau lepak opis pulak." Kata Sam ketika itu.
"Otak kau!! Aku tahu la gila,sebelum aku datang sini aku dah jumpa ibu aku dah." Jawab Khai lagi.Wajahnya kelihatan sangat kusut ketika ini.
"Kau kenapa gila? Ada masalah ke dengan ibu kau?", Soal Sam untuk mendapatkan kepastian.
"Ibu aku nak tidur sini malam ni. Masalahnya bilik semua penuh, takkan lah nak bagi bilik yang rosak pulak." Luah Khai ketika itu.
"Lah itu je ke masalah kau? Aku ingat besar sangat sampai kepala kau berserabut macam ni." Balas Sam lagi sambil mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Apa idea kau? Takkan lah aku nak suruh ibu aku balik? Dah la tadi dia perli aku sebab dah lama tak balik rumah." Luah Khai sekali lagi.
"Kau call Cikgu Wafi dengan Bang Wan.Cakap ibu kau nak tumpang tidur rumah rehat.Biarlah ibu kau lepak bilik kau.Kau pulak lepak la bilik aku malam ni.Satu malam je kan?", Kata Sam memberikan ideanya.