"Khai, kejap lagi kau free tak?", Soal Shazuan kepada remaja berusia 19 tahun itu pada tahun ini.
"Free je bang, kenapa?", Soal remaja tersebut.
Shazuan kemudiannya mengajak Khai memasuki pejabat operasi Dusun Sahabat.Dia kemudiannya menghulurkan sekeping sampul surat yang kelihatan begitu tebal isi di dalamnya.
"Apa benda ni bang?", Soal Khai lagi.
"Tu duit collection kat sini 2 bulan. Nanti aku nak kau masukkan kat dalam bank.Aku ada bagitahu Pak Samad suruh bawak kau hari ni ke bank untuk uruskan benda ni"Jawab Shazuan.
" Bang saya tak beranilah bang pegang duit banyak macam ni. Abang sendiri je lah yang pergi." Balas Khai semula dengan suara yang cemas.
"Bang Wafi yang suruh kau pergi. Dia nak kau belajar uruskan kewangan HQ.Tak percaya kau tengok WhatsApp dia kat aku ni", Kata Shazuan lagi.
Khai kemudian membaca dan meneliti pesanan yang disampaikan oleh Cikgu Wafi kepada Shazuan. Dia kemudian hanya menurut sahaja arahan yang telah diberikan kepadanya.
Tidak lama kemudian Pak Samad pula muncul di muka pintu pejabat operasi Dusun Sahabat.Dia kemudiannya mengajak anak muda itu ke bank seperti yang diarahkan oleh Wafi dan juga Shazuan.
"Kenapa kamu ni Khai? Lain macam je Pak Samad tengok kamu ni." Soal lelaki pertengahan umur 50-an itu.
"Tak ada apalah Pak Samad.Cuma tadi Bang Wan kata yang saya dah kena belajar uruskan kewangan opis. Arahan dari Cikgu Wafi." Jawab Khai sambil menghembuskan nafas yang berat.
"Lah, kalau betul kenapa? Kamu ada masalah ke?", Soal Pak Samad lagi.
"Takde masalah pun Pak Samad. Cumanya kepercayaan yang dorang berikan kat saya terlalu besar. Berat Pak Samad untuk saya pikul. Kalau 2 hari nanti saya tak macam apa yang mereka harapkan macam mana? Soal duit ni jangan buat main, kalau satu hari saya tak amanah macam mana? ", Luah remaja berusia 19 tahun itu.
"Kepercayaan ni bukan perkara yang mudah dan boleh dibuat main. Pak Samad dengan Cikgu Wafi dan Bang Shazuan kamu tu sudah lama Khai. Bertahun Pak Samad bekerja dengan mereka berdua.
Cara mereka berdua bekerja pun Pak Samad tahu.Keduanya ada cara tersendiri untuk memberi arahan dan melaksanakan tugas.Cuma Cikgu Wafi kamu lebih ke hadapan berbanding Shazuan dalam perkara ini.
Pak Samad akan ragu jika Shazuan yang memberikan arahan, tapi jika Cikgu Wafi yang berikan arahan maksudnya kamu bertuah kerana kamu istimewa pada pandangan mata dia." Kata Pak Samad terang lebar kepada Khai yang berada disebelahnya."Apa yang istimewanya saya ni Pak Samad sampai Cikgu Wafi bagi kepercayaan yang besar kepada saya?", Soal remaja berusia 19 tahun itu kembali.
"Kita semua ada kelebihan sendiri. Hanya jauhari mengenal manikam. Suatu hari nanti pasti Khai akan sedar tentang kelebihan diri kamu dan alasan Cikgu Wafi lebih memilih kamu berbanding Sam." Jelas Pak Samad panjang lebar.
Kereta yang dipandu Pak Samad akhirnya tiba di MayBank Rembau. Dia kemudian mengiringi Khai ke dalam bank untuk memasukkan duit ke akaun deposit.Mereka terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan tersebut kerana duit yang Khai bawa begitu banyak dan tebal sekali dengan not RM50 dan juga RM100.
"Eh Khai, kamu buat apa kat sini?", Soal Cikgu Haziq yang kebetulan berada di situ.Mereka terserempak diluar bank selepas Khai menyelesaikan urusannya.