P50 : PANGGILAN

465 17 1
                                    

Aku telahpun berada di perkarangan hospital bersama Sam ketika ini bagi mengikuti perkembangan terkini Uncle Adnan yang sedang di tahan di dalam wad.Aku gagal menghubungi Shazuan kerana hanphone nya dimatikan.Dia memang selalu mematikan hanphonenya ketika waktu tidur.

Wahab,suami kepada Maimun memaklumkan kepadaku bahawa Uncle Adnan secara tiba-2 mengalami masalah sesak nafas yang memaksa dia dikejarkan ke hospital.Ketika ini Uncle Esah dan Maimun berada di dalam wad bagi menemani Uncle Adnan.Sam pula berada di sampingku untuk menemaniku sambil mendengar dengan tekun setiap butiran cerita yang keluar dari mulut Wahab.

Aku sebenarnya berasa sangat bimbang ketika ini dengan keadaan Uncle Adnan.Entah mengapa hatiku rasa berdebar seperti ini,seolah ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Berkali juga Wahab memintaku bertenang dan berdoa agar semuanya kembali baik.Aku tidak mampu untuk menyembunyikan wajah cemasku ketika ini.

Sememangnya rasa bersalahku kepada Uncle Adnan beberapa tahun dulu masih menebal dalam diriku. Meskipun Untie Esah dan Zainab mengatakan apa yang terjadi sebelum itu bukanlah dariku, namun aku masih tidak mampu menyembunyikan perasaan tersebut setiap kali memandang wajah kesakitan Uncle Adnan.

Sedang aku termenung sendirian, telefon bimbitku berbunyi dan aku melihat panggilan tersebut datangnya dari Ustaz Razak.Entah apa mimpi pengetua sekolah menghubungiku lewat malam begini.Aku sememangnya tiada "mood" untuk memikirkan urusan asrama atau sekolah ketika ini, oleh itu aku mengabaikan sahaja panggilan tersebut.

Sam telah pun berada di dalam kereta.Mungkin remaja berusia 19 tahun itu menunggu masa untuk melelapkan mata.Mujurlah dia ada menemani ku ke hospital, jika tidak sudah pasti aku berasa keseorangan. Wahab pula entah ke mana perginya, mungkin juga sudah melelapkan mata di dalam kereta sementara menunggu berita tentang bapa mertuanya.

Aku kemudiannya membakar rokok dan melayan lamunanku sendirian. Bermacam perkara yang aku fikirkan ketika ini.Dalam tidak sedar rasa kesalku kepada Shazuan muncul secara tiba-2.Sudah berkali aku katakan kepadanya agar tidak mematikan telefon bimbit pada waktu malam kerana bimbang sekiranya terjadi kecemasan.

"Pi,kau nak balik kau boleh balik dulu", Arah Wahab kepadaku.Entah bagaimana dia dapat menjumpaiku di sini padahal aku rasa sudah berjalan jauh ke sini untuk merokok.

"Takpe lah Wahab. Aku tunggu sampai Uncle Adnan okay." Jawabku kepadanya ketika itu.

"Ayah dah sedar dah.Tapi takde sape boleh melawat sekarang.Esok mungkin dah boleh lawat kalau nak tapi kena tunggu pengesahan doktor.Ni Maimun yang bagitahu aku suruh sampaikan kepada kau." Jawab Wahab kembali.Dia membahasakan Uncle Adnan sebagai ayah kerana Uncle Adnan merupakan ayah mertuanya.

"Okay,kalau macam tu aku balik dulu lah.Lega sikit aku dengar bila Uncle Adnan dah sedar."Luahku ketika itu.

"Kau lepak sini ke or balik Wahab?", Soalku kembali kepada Wahab.

"Aku tunggu Maimun turun lah.Mak je stay sini jaga ayah.Esok kitorang datang sini balik.Kalau ada apa-2 nanti aku bagitahu kau pi.Kau balik lah dulu,thanks weh sebab sanggup tunggu berita pasal ayah." Kata Wahab lagi.

Aku kemudiannya berjalan ke kereta sambil diekori oleh Wahab.Sempat juga aku dan dia bersembang tentang perkara lain.Sam ketika ini sedang lena dalam kereta yang beraircond. Kacak juga wajah Sam ketika tidur, bisikku sendiri.

Aku kemudian berjabat tangan dengan Wahab sebelum berangkat pulang.Begitu juga dengan Sam dengan muka blurnya selepas tersedar dari tidur.Aku kemudian memandu kenderaanku menuju pulang ke Rembau.


GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now