P18 : JASA

331 9 0
                                    

Uncle Adnan dan Mak Esah bukanlah orang asing dalam hidup Shazuan mahupun Wafi.Sebelum perkenalan Shazuan dan Wafi,keluarga Shazuan sangat rapat dengan Uncle Adnan sekeluarga kerana mereka duduk sekampung.Tambahan pula mereka memang sudah lama hidup berjiran dan rumah mereka terletak bersebelahan sahaja.

Selepas ibubapa dan adik beradiknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,Shazuan dijaga oleh Uncle Adnan dan Wafi.Namun disebabkan Wafi juga masih bersekolah ketika itu, tanggungjawab memang digalas oleh Uncle Adnan sepenuhnya.Hampir setiap kali balik wajib dari asrama, Uncle Adnan lah orang yang bertanggungjawab menjemput dan menghantar mereka pulang ke asrama.Malah Uncle Adnan langsung tidak pernah menolak sekiranya Shazuan memerlukan pertolongan.

Mak Esah juga turut sama membantu.
Ketika minggu balik wajib atau cuti sekolah,hampir setiap hari ada sahaja makanan tengahari dihantar kepada Shazuan ketika itu.Tidak sampai hati Mak Esah untuk melihat Shazuan kebuluran di rumah.Pasangan suami isteri itu tidak pernah berkira, apatah lagi mengungkit.

Semuanya mula berubah apabila Uncle Adnan mula jatuh sakit beberapa tahun dahulu.Segalanya bermula apabila Uncle Adnan terjatuh akibat tergelincir ketika berada di dalam tandas, namun dia enggan ke hospital meskipun telah diminta oleh Mak Esah dan Maimun untuk melakukan pemeriksaan di sana.Apabila sakitnya semakin teruk baru lah dia bersetuju untuk ke hospital secara paksa.Setelah doktor mengesahkan bahawa Uncle Adnan terkena strok, Maimun dengan penuh tanggungjawab membawa ayahnya itu untuk tinggal bersamanya di Nilai.

Tanpa diduga air mata jantan Shazuan mengalir apabila mengigati kisah lama.Dia teringat tentang kebaikan dan pengorbanan Uncle Adnan sekeluarga kepada dirinya dahulu.Sepanjang perjalanannya dari Nilai ke Kuala Lumpur, air matanya tidak berhenti mengalir.
______________________________________
Aku berasa lega selepas mendapat panggilan telefon daripada Shazuan yang mengatakan dia telahpun selamat tiba di rumah En Firdaus di Kuala Lumpur.Namun aku sedar melalui suara percakapannya yang dia menyimpan sesuatu perkara yang berat dariku.
"Kau okay tak ni Wan? Lain macam je suara kau ni."Soalku kepada adik angkatku yang usianya setahun lebih muda dariku.

" Uncle Adnan makin teruk bang", Jelas Shazuan kepadaku dengan suara yang serak basah.Aku sangat mengerti maksud suara Shazuan ketika itu.

"Buat masa ni kita semua pakat-2 doa supaya Uncle Adnan cepat pulih macam dulu.Jangan overthinking sangat pasal benda ni." Kataku memujuk Shazuan.

Shazuan kemudiannya mematikan panggilannya selepas kami bersembang sekitar 15 minit.Dia berada di Kuala Lumpur dalam tempoh 3-4 hari kerana dia mempunyai perkara yang perlu di selesaikan bersama En Firdaus.Aku yang berada di sini sebenarnya berasa agak risau apabila memikirkan Shazuan yang keseorangan di sana dalam keadaan sedih.

Aku mengerti benar apa yang dirasakan oleh Shazuan ketika ini. Keadaan Uncle Adnan ketika ini benar-2 teruk, tiada tanda yang dia akan pulih seperti dulu.Meskipun aku sudah lama tidak menziarahi Uncle Adnan,namun aku sering bertanyakan khabar mengenai Uncle Adnan kepada anaknya Maimun.

Sebenarnya aku sudah lama tahu yang sakit Uncle Adnan semakin teruk.Sebab itu aku meminta Shazuan pergi dahulu menziarahinya di sana. Aku sebenarnya tidak kuat untuk melihat keadaan terkini Uncle Adnan. Aku bimbang air mataku akan mengalir sekiranya aku yang melawatnya.Mungkin aku perlu mengumpulkan dulu kekuatan dan semangat sebelum bertemu dan menziarahi Uncle Adnan di rumah Maimun.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now