Kerja-2 pelebaran sungai sudahpun bermula.Seperti biasa Mr Wong diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan kerja ini sesuai dengan kepakaran syarikatnya untuk melakukan kerja-2 ini.Di suatu sudut Wafi,Pak Samad dan Mr Wong masing-2 memerhati dan meninjau keadaan kerja-2 yang dilakukan di sini.
Khai dan Sam ketika ini me jalankan rutin harian mereka masing-2. Sam sibuk dengan kerja membantu Isa di tempat ATV manakala Khai pula sedang sibuk menguruskan tempahan dari para pelanggan.Kebelakangan ini terlalu banyak permintaan dari pihak sekolah dan agensi swasta dan awam untuk membuat aktiviti di Dusun Sahabat.
Shazuan pula tiada di sini pada ketika ini.Dia dalam perjalanan menghantar adik angkatnya pulang ke rumahnya di Nilai.Dalam masa yang sama juga Shazuan telah diarahkan oleh abang angkatnya,Wafi untuk menziarahi Uncle Adnan yang tidak berapa sihat dan tinggal bersama anaknya Maimun di Nilai.Selepas itu Shazuan akan terus ke Kuala Lumpur untuk menguruskan kerjanya yang lain selama 3 hari.
Wafi sebenarnya mendapat aduan daripada pengunjung di sini kerana kawasan sungai dan air terjun terlalu ramai terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Sejak Dusun Sahabat viral di tiktok,semakin ramai pengunjung dari luar yang datang ke sini.Sebab itulah Wafi membuat keputusan untuk melakukan kerja pelebaran sungai namun dengan cara yang efektif dan sesuai agar air di sini tidak bertukar keroh dan merosakkan ekosistem hidupan air di sini.
Selain itu juga,projek pembinaan swimming pool juga telah bermula. Kerja tersebut dibuat di atas tapak berhampiran blok dewan tertutup. Ada 2 saiz pool yang akan disediakan nanti iaitu yang bersaiz dewasa dan kanak-2.Dan apa yang menariknya air yang digunakan dalam pool itu nanti diambil dari air sungai berhampiran.
______________________________________
"Abg Wafi kamu apa khabar Shazuan?", Soal Mak Esah ketika Shazuan bertandang menziarahi dia dan Uncle Adnan di rumah Maimun."Dia macam tu je lah Mak Esah.Cuma sejak kebelakangan ni kitorang macam jarang ada masa nak berbual macam dulu.Masing-2 sibuk lagi pun tak lama lagi dia nak kahwin dah." Jawab Shazuan ketika itu.
Uncle Adnan kini hanya mampu terbaring sahaja di atas katil.Dirinya sudah lagi tidak mampu untuk bangun dan berdiri.Uncle Adnan juga tidak mampu menguruskan dirinya seperti dulu.Bahkan keadaan Uncle Adnan ketika ini lebih teruk berbanding dahulu.Dia hanya mendengar sahaja perbualan antara isterinya Mak Esah dan Shazuan.Meskipun dia tidak mampu berkata kata, namun pendengarannya masih baik.
"Itulah Bang Wafi kamu ada call masa majlis pertunangan dia hari tu.Ada juga dia ajak Mak Esah tapi Maimun pula tak free.Sanding di mana nanti Abg Wafi kamu?", Soal Mak Esah lagi.
"Sanding kat Dusun Sahabat je Mak Esah. Situ mudah dewan ada,sedara mara dia nak datang pun bilik semua dah ada." Jelas Shazuan lagi.
"Kalau Uncle Adnan kamu sihat,mesti dia orang pertama yang paling gembira sekali dengar berita ni." Luah Mak Esah dengan suara yang sebak.
"Saya janji dengan Mak Esah yang saya akan bawa Mak Esah dengan Uncle Adnan datang masa majlis Bang Wafi nanti.Mak Esah jangan sedih-2 ya." Pujuk Shazuan lagi.
"Uncle Adnan dah anggap kamu berdua macam anak dia.Dia jaga kamu macam anak sendiri dulu semasa kamu berdua bersekolah. Melihat keadaan Uncle Adnan kamu sekarang ni membuatkan Mak Esah sedih." Kata wanita yang berusia 60 tahun itu sambil mengelap air matanya.