P22 : DEEN TOM YAM

294 13 0
                                    

Kedatangan Shauki ke bilik hotel Shazuan di sambut dengan begitu mesra.Mereka berdua saling berjabat tangan dan berpelukan,maklum lah mereka berdua sememangnya sudah lama tidak bertemu.Shauki masih sama macam dulu,perangai gila-2 nya masih ada.

"Woi masamnya bau kau Shauki!!", Kata Shazuan selepas dia berpelukan dengan kawan baiknya yang berasal dari Kajang itu.

"Aku kerja site memang inilah barunya. Kau lain lah anak manja mana-2 pergi kena wangi." Perli Shauki kembali.

"Butoh kau." Balas Shazuan ringkas. Shauki hanya tergelak sahaja.

Mereka berdua kemudiannya keluar kembali dari hotel dengan menaiki kereta Shazuan.Adik angkat kepada Wafi itu kemudian memandu keretanya untuk mencari kedai untuk makan malam.Hendak menaiki motosikal, Shauki tidak membawa helmet lebih pula.

Sampai sahaja mereka di Deen Tomyam,mereka berdua terus menempah makanan.Menu yang menjadi pilihan 2 orang pemuda itu ialah Ikan Siakap 3 rasa,sotong celup tepung bersama telur dadar dan memilih jus tembikai sebagai minuman utama mereka pada malam ini.Mereka berdua kemudiannya menjamah makanan yang dihidangkan dengan penuh selera sekali, tambahan pula perut kedua mereka ini memang kosong.

"Abang kau apa cite Wan? Mak aku dah heboh dah dia nak nikah." Soal Shauki kepada Shazuan.

"Dia macam tu je lah.Haah dalam bulan 4 atau lepas raya dia nikah. Majlis buat kat Dusun Sahabat je. Kau datang lah awal boleh lepak sekali." Jawab Shazuan ketika itu.

"Sifu aku kahwin takkan lah aku tak datang, mesti lah aku datang. Tapi kesian lah kat kau lepas ni." Kata Shauki

"Eh, asal pulak aku yang kau kesian kan?", Soal Shazuan ingin tahu.

"Yelah lepas ni takde lah orang peluk kau masa kau tidur." Jawab Shauki sambil ketawa.

"Alahh si butoh ni." Rungut Shazuan ketika itu.

"Tak payah nak malu-2 lah.Macam aku tak tau." Jawab Shauki yang terus ketawa.Shazuan hanya tersenyum sipu sahaja ketika itu.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Shauki.Selama ini memang Shazuan dan Wafi tidur berpelukan bersama di dalam bilik dengan memakai spender sahaja.Bahkan sehingga sekarang mereka tidur seperti itu.Sebelum ini Shauki pernah bekerja di Dusun Sahabat dan mendiami bilik di rumah rehat.

Lagipun sebelum ini Shauki juga pernah ada pengalaman seperti itu bersama Wafi.Mereka juga sering melakukan hubungan songsang sepanjang ketiadaan Shazuan yang belajar di UK ketika itu.Bahkan sehingga hari ini Shazuan tidak tahu yang abang angkatnya pernah melepaskan nafsu ghairahnya ke atas Shauki.

Shazuan dan Shauki sendiri pernah melakukan hubungan intim tersebut. Kedua mereka saling bertukar peranan untuk memuaskan nafsu masing-2.Namun sejak Shauki berhenti kerja di Dusun Sahabat mereka berdua tidak lagi membuat hubungan tersebut.Jika berjumpa pun hanya sekadar melepak dan berbual sahaja.

Makan malam hari ini dibayar oleh Shazuan.Shauki mengucapkan terima kasih kepada Shazuan kerana membelanjanya makan.Mereka berdua kembali menaiki kereta untuk pulang ke bilik hotel.Sampai sahaja di hotel mereka kembali bersembang.
Jam ketika ini sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.

"Wan, aku gerak dulu lah.Dah lewat ni." Kata Shauki yang mulai bangun dari kerusi.

"Haa okay Ki.Baik-2 dalam perjalanan tu", pesan Shazuan sambil menghulurkan tangannya.

Baru sahaja Shauki mahu menyambut tangan Shazuan, petir mula berdentum dan hujan lebat mulai turun.Wajah Shauki mula berubah resah kerana keadaan cuaca yang mula berubah ketika ini.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now