Sam kelihatan cukup rungsing dan gelisah ketika ini.Dompetnya hilang beserta kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai.Dia juga sedang pening memikirkan cara untuk membuat laporan polis berhubung kehilangan itu.
Jika polis bertanya di manakah dompetnya hilang, apa pula akan terjadi pada reputasi Dusun Sahabat selama ini.Jika secara tiba-2 pihak polis dapat mengesan bahawa dia terlibat dalam penyalahgunaan ganja, sudah pasti bertambah panjang masalahnya.Dan jika dia bercerita tentang Alang semalam, sudah pasti lah apa yang dia lakukan pada malam tadi terbongkar.
Tambah rumit adalah dia tidak tahu apa yang terjadi kepadanya semalam. Dia yakin dia berpakaian ketika menghisap rokok daun yang dihulurkan oleh Alang.Namun apabila dia sedar dia dalam keadaan bertelanjang bulat.Soalannya apakah yang terjadi kepadanya sepanjang malam itu?
Adakah dirinya melayani Alang tanpa dia sedar? Adakah Alang ada membuat sesuatu ke atasnya ketika itu? Atau adalah Alang mengambil gambar atau merakamkan videonya ketika dia tidak sedar?
Sam mulai cemas, jika tekaan yang terakhirnya itu benar,dia memang berada dalam masalah yang besar. Selama ini dia membaca sahaja tentang penyalahgunaan media sosial, kali ini mungkin dia mengalami dan merasai pengalaman itu.Hatinya mula berdebar dan jantungnya mula berdegup kencang.
Dalam keadaan sekarang ini dia mulai berasa buntu.Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan ketika ini.Jika dia hendak meminta pertolongan pun, dia tidak pasti dengan siapa yang patut dia hubungi.Ikutkan perasaannya ketika ini, hendak sahaja dia memohon pertolongan dari Cikgu Wafi.Namun dia tahu tindakannya itu akan membuatkan cikgunya itu bertambah berang di atas perbuatannya.
"Macam mana Sam? Kau nak buat apa sekarang ni?", Soal Khai kepada Sam yang sedang gelisah ketika itu.
"Aku tak tahu lah Khai.Aku betul buntu ni.Sial lah gay tu, babi betul dia kencing aku."Marah Sam sendirian.
"Aku ada baca internet, biasa kalau kes barang hilang ni kau kena call bank kau Sam, suruh dia block kad ATM kau tu.Balai kena pergi jugak untuk buat report pasal ic kau tu." Jelas Khai lagi.
Sam semakin gelisah mendengar kata-2 yang disampaikan oleh Khai. Jika dia tidak menghisap ganja pada malam tadi sudah pasti dia tiada masalah untuk ke balai sekarang. Namun keadaanya berbeza ketika ini.
Malah dia sendiri tidak tahu rokok daun yang dihisapnya semalam merupakan ganja."Macam ni lah Sam, untuk sementara ni kau call dulu bank suruh block kat ATM kau.Takut dorang guna pulak. Pasal IC tu nanti kita cari idea untuk fikir.Aku cari idea jap." Kata Khai, dia kemudiannya meninggalkan Sam seorang diri.
______________________________________
Aku dan Shazuan menanti dengan penuh sabar kehadiran Uncle Adnan dan Mak Esah yang bakal kembali ke sini.Sudah lama Uncle Adnan dan Mak Esah meninggalkan teratak pusaka mereka sejak Uncle Adnan jatuh sakit.Kali ini Uncle Adnan kembali semula ke sini,dia berhajat untuk menghabiskan hari terakhirnya di sini atas permintaanya.Jika sebelum ini anak-2 nya menentang keras, tapi kali ini mereka terpaksa memenuhinya kerana ini mungkin menjadi permintaan akhir ayah mereka.
Tidak lama kemudian rombongan kenderaan yang membawa Uncle Adnan pun tiba di perkarangan rumah mereka.Aku dan Shazuan menyambut ketibaan mereka semua. Uncle Adnan yang kini berkerusi roda seolah gembira kerana tersenyum untuk kembali ke rumahnya sekian lama.Meskipun Uncle Adnan kini tidak boleh bercakap seperti dulu, namun wajah kegembiraan terpacar jelas di wajahnya.