Semua penghuni asrama telahpun berkumpul di dataran asrama ketika ini menanti penguguman penting dariku.Ketika ini Cikgu Muhammad selaku guru disiplin dan Ustaz Razak selaku Pengetua Sekolah turut berada di sini ketika ini.
Tujuan aku mengumpulkan penghuni asrama ketika ini adalah untuk memaklumkan rombakan organisasi asrama dan bilik yang dipersetujui dalam mensyuarat sebentar tadi.Namun aku yakin penghuni asrama pasti merasakan bahawa akan ada pemeriksaan locker memandangkan kehadiran Cikgu Muhammad pada malam ini.
"Selamat malam buat semua penghuni aspura yang saya sayangi. Pada malam ini tujuan saya,Cikgu Muhammad dan Cikgu Wafi berkumpul adalah untuk memaklumkan tentang beberapa perkara penting berkaitan asrama.
Pihak sekolah bersetuju untuk melantik 2 orang alumni,iaitu bekas pelajar di sekolah ini untuk membantu Cikgu Wafi menguruskan penghuni asrama di sini.Dalam pada masa yang sama kedua orang alumni ini akan bertindak sebagai jurulatih pasukan pelapis sekolah untuk menggantikan Cikgu Haziq yang sudah keluar dari sini.
2 orang warden tersebut akan memulakan tugas mereka pada Ahad ini selepas kamu pulang dari rumah masing-2 sempena minggu balik wajib.Saya dan pihak pengurusan sekolah bersama pihak pengurusan asrama memohon jasa baik kamu untuk bekerjasama dengan alumni yang bakal dilantik sebagai warden nanti.
Seterusnya saya mempersilakan Cikgu Wafi untuk memaklumkan perkara selanjutnya."Kata Ustaz Razak mengakhiri ucapannya.
"Okay semua,terima kasih kepada Ustaz Razak untuk pembuka bicara awal tadi.Bagi pihak pengurusan asrama saya amat berbesar hati di atas kesudian Tuan Pengetua untuk melantik 2 orang alumni sekolah sebagai warden sambilan dan jurulatih untuk pasukan pelapis sekolah.
Penghuni asrama sekalian,menerusi perbincangan pada petang tadi pihak pentadbiran sekolah dan asrama telah mencapai 3 keputusan penting membabitkan asrama,salah satunya mengenai perlantikkan warden baru seperti yang diumumkan oleh pengetua sebentar tadi.
Keduanya mengenai rombakan organisasi kepimpinan asrama di mana beberapa nama besar telah digugurkan dan beberapa orang pelajar telahpun terpilih untuk memegang jawatan tertentu.Bagi Biro Rawatan,Kebajikan dan Dewan Makan yang disandang oleh Farhan ketika ini akan digantikan oleh Firdaus Salam.
Biro Pendidikan dan Disiplin yang sebelum ini disandang oleh Fatih Akmal akan digantikan oleh Muhd Syukri Abbas.
Seterusnya Zuhairi Yunus yang sebelumini memegang jawatan Biro Sukan,Rekreasi dan Penerangan dikekalkan dan dia tidak digugurkan.
Begitu juga dengan Shakir Razak yang menjawat jawatan sebagai Timb Ketua Asrama akan meneruskan tugasnya seperti biasa.
Namun mensyuarat bersetuju untuk mengugurkan nama Faruki Ismail sebagai Ketua Asrama dan Fatih Akmal akan mengambil tempatnya sebagai ketua asrama berkuatkuasa mulai esok.
Alasan penguguran barisan biro sebelum ini adalah kerana mereka telah pun memegang jawatan di peringkat kepimpinan pelajar di sekolah dan khidmat mereka lebih diperlukan disana.Saya berharap mereka yang baru dilantik atau mereka yang terus memegang jawatan ini dapat melaksanakan tugas yang lebih baik dan cemerlang berbanding sebelum ini." Kataku ketika itu.Pengugumanku tadi benar-2 mengejutkan penghuni asrama yang sedang berkumpul ketika ini.Masing-2 berbisik sesama mereka.Aku juga dapat melihat raut wajah mereka yang kurang berpuas hati dengan pengugumanku terutamanya Faruki.
Manakala Fatih Akmal menerima ucapan tahniah daripada rakan-2 dan juniornya yang lain."Selain daripada itu,mensyuarat juga bersetuju untuk merombak kedudukan bilik pelajar ketika ini mengikut tingkatan.Ini bermakna semua pelajar perlu mengosongkan barangan peribadi milik mereka di dalam locker masing-2 semasa pulang ke rumah pada minggu ini", Kataku lagi.