"Bang,boleh saya bincang dengan abang sekejap?", Bisik Shazuan kepadaku.
"Haa, nak bincang pasal apa tu?", Soalku kepada adik angkatku itu.
"Ni tentang Uncle Adnan.Abang pun tahukan yang Uncle Adnan dengan Mak Esah duduk berdua je kat rumah tu.Nak harap Maimun hari Sabtu Ahad baru ada sini.Mak Esah pun dah tak kuat macam dulu."Bicara awal yang panjang Shazuan kepadaku.
"Ye aku tahu tu.Jadi apa yang kau nak bincangkan? Kau nak pujuk Uncle Adnan balik semula ke rumah Maimun?", Soalku kepadanya semula.
"Eh abang ni ke situ pulak. Saya ikhlas bang nak jaga Uncle Adnan dengan Mak Esah.Setakat nak cuci Uncle Adnan tu saya tak kisah bang. Cuma Mak Esah tu saya tak berapa selesa, sebab dia perempuan kan?", Jelas Shazuan kepadaku.
Aku berfikir sejenak tentang kata-2 yang diucapkan Shazuan.Memang benar Mak Esah tidak lah sekuat seperti dulu.Aku masih ingat lagi kata Wahab yang Mak Esah juga sudah mula memakai lampin kerana dia mempunyai masalah penghadaman. Mungkin itu yang hendak disampaikan Shazuan kepadaku.
"Jadi apa benda yang kau nak cakap kat abang?", Soalku kepadanya untuk meminta kepastian.
"Saya ingat nak ajak seseorang bang untuk duduk rumah Uncle Adnan. Bolehlah dia tengok kan Uncle Adnan dan Mak Esah masa kita takde. Saya macam mana pun kena jugak ke Dusun Sahabat, macam abang dah tentu sibuk kat sekolah nanti."Jelas Shazuan panjang lebar.
"Kau nak ajak siapa? Sebelum apa-2 kau kena bincang dengan Mak Esah sekali Maimun.Takut dorang salah faham pulak."Balasku sambil mengaru kepala.
" Saya dah bincang dengan Maimun. Dengan Mak Esah pun saya dah bincang.Dorang setuju." Balas Shazuan lagi.
"Kalau macam tu takpelah. So nanti dia duduk mana? Pekerja mana kau ambik ni?", Soalku lagi.
"Dia duduk rumah Uncle Adnan lah. Senang nak tengokkan. Lagi pun Maimun dan adik beradik dia bagi kebenaran.Eh bukan pekerja bang, awek saya." Jawab Shazuan.
"Ouh Azmira? Haa ikut korang lah abang tak kisah.Jangan tak tahan sudah." Jawabku kembali sambil tersenyum.
Azmira bukanlah orang yang asing untuk diriku.Suatu ketika dulu dia merupakan insan yang aku sayangi semasa kami bercinta di sekolah dahulu.Namun takdir tidak memihak kepada kami,hubungan kami tidak berkekalan dan kemudiannya dia memilih Shazuan.
Dalam tempoh masa itu juga terjadi salah faham di antara aku dan juga Shazuan.Hubungan kami berdua menjadi renggang dan aku menyalahkan Shazuan kerana dia memusnahkan hubunganku dengan Azmira.
Sebenarnya aku sudah lama tidak mengambil tahu tentang Azmira. Meskipun aku tahu Shazuan bercinta dengannya,aku langsung tidak bertanyakan tentang hubungan mereka kerana aku perlu menjaga hati masing-2.Tambahan pula benda ini sudah lama lepas.
Sekiranya Azmira sudi menjaga Uncle Adnan dan Mak Esah, ini merupakan kali pertama aku bertemunya selepas beberapa tahun.Mungkin pertemuan itu akan menjadi janggal buat seketika.Aku akan melayan kedatangannya dengan baik nanti.
Tiada apa lagi yang perlu aku fikir kan tentang Azmira.Dia pula sudah bahagia bersama Shazuan dan aku berharap yang terbaik untuk hubungan mereka.Tambahan pula rasa cintaku kepada Azmira sudah lama hilang dan tidak lama lagi aku akan melangsungkan majlis perkahwinanku bersama Aida, rakan setingkatanku semasa di MRSM dulu.