Subjek pembelajaran pada hari ini di teruskan seperti biasa.Sebagai guru, aku turut menjalankan tanggungjawabku biarpun hatiku gelisah ketika ini.Selepas tamat sesi persekolahan,aku perlu menghadiri mensyuarat yang akan dipengerusikan oleh Ustaz Razak selaku pengetua sekolah.Tidak lain dan tidak bukan pastilah berkaitan dengan perkara yang terjadi antara Cikgu Haziq dan juga Anas.
Sebenarnya sehingga kini pelajar di sekolah ini tidak mengetahui tentang apa yang terjadi sebenarnya ketika ini.Jika tahu pun mereka yang pernah menjadi mangsa liwat Haziq, aku yakin mereka sendiri tidak berani menyebarkan perkara itu kepada kawan mereka yang lain untuk mengelakkan diri dari rasa malu.
Seusai sahaja loceng persekolahan berbunyi,aku terus melajukan langkahku ke pejabat sekolah.
Beberapa orang guru juga telah berada di sini sambil menanti ketibaan tuan pengetua.Semuanya diam membisu seribu bahasa tanpa berkata apa-2.Tidak lama kemudian,Ustaz Razak tiba di dalam bilik mensyuarat.Wajah pengetua berusia pertengahan 50 an itu masih sama seperti tadi.Dahinya berkerut dan wajahnya sangat masam menunjukkan masalah yang dihadapi ketika ini cukup serius dan rumit untuk di selesaikan.
"Untuk makluman,PPD telah mendapat makluman mengenai kejadian yang membabitkan Cikgu Haziq.Lembaga Disiplin akan bermensyuarat untuk menentukan status Cikgu Haziq.Bagaimanapun sehingga mendapat keputusan,Cikgu Haziq akan digantung dari bertugas di sini.
Langkah awal yang perlu kita lakukan sekarang adalah untuk melindungi identiti mangsa yang masih belum terdedah.Manakala identiti mangsa yang telah pun terdedah kita akan bantu dari segi psikologi.Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana tidak mengetahui tentang perkara yang terjadi di sini kerana akan mengaibkan nama sekolah kita."
Bicara awal Ustaz Razak selaku pengetua sekolah yang memulakan mensyuarat pada hari ini.
______________________________________
Shazuan telah pun tiba di hospital untuk melawat Uncle Adnan.Sedar sahaja dari tidur,dia mendapati begitu banyak panggilan masuk yang datang dari abang angkatnya Wafi pada lewat malam tadi.Buka sahaja WhatsApp dia terkejut apabila mendapat berita berkenaan Uncle Adnan ketika ini.Ketibaan Shazuan disambut oleh Wahab,menantu kepada Uncle Adnan. Wahab menerangkan situasi terkini berkenaan kesihatan dan keuzuran Uncle Adnan.Untie Esah berada di dalam wad untuk menjaga Uncle Adnan manakala Maimun pula berada di rumah untuk menguruskan persekolahan anaknya.
Shazuan kemudiannya meminta izin dari pengawal keselamatan untuk melawat Uncle Adnan.Namun permintaan Shazuan ditolak kerana dia bukan merupakan waris terdekat. Rasa ralat di hatinya cukup menebal ketika itu sebelum ditenangkan oleh Wahab.
"Ayah Wan masa dia sihat,dia selalu bercakap pasal kau dgn Wafi." Ucap Wahab membuka cerita.
"Dia cakap apa bang?", Soal Shazuan lagi.
"Dia bangga tengok kau dengan Wafi hari ni.Masing-2 berjaya katanya. Selalu gak lah dia cerita kenangan dia hantar jemput korang balik sekolah dulu." Kata Wahab.
"Kalau nak cerita terlalu banyak kenangan kami berdua dengan family Uncle Adnan bang.Kalau bukan sebab dia,mustahil saya dengan Wafi berada dekat tempat sekarang hari ni." Jawab Shazuan sambil menitiskan air matanya.
"Dia dah anggap korang berdua macam anak sendiri dah.Tak pernah berkira pun dengan korang.Aku pun nak ucap terima kasih atas kesudian Wafi datang kat sini semalam dengan kat kau hari ni.Walaupun korang tahu tak boleh masuk, tapi korang tetap datang.
Kita semua dah buat yang terbaik untuk ayah mertua aku.Setiap permulaan ada pengakhirannya.
Setiap kesakitan pasti ada ubatnya. Kita berdoa supaya ayah aku sembuh ea", Kata Wahab dengan suara yang sebak sambil menepuk bahu Shazuan.