P125 : PERJANJIAN

155 11 0
                                    

Berita mengenai pertarungan yang membabitkan Faruki, pelajar Ting 5 dan Abbas pelajar Ting 4 cukup pantas merebak dan akhirnya sampai ke pengetahuan Fatih Hamzi, ketua asrama yang menggantikan Faruki. Dia sebenarnya berasa kecewa kerana pertarungan itu tetap berlaku walaupun dia sudah sedaya upaya menghalangnya.

Bagi Faruki, berita tersebut memberikan makna yang besar untuk dirinya.Dia masih lagi relevan sebagai pelajar senior paling berpengaruh di asrama dan sekolah ini.Dia membuktikan yang pengaruhnya masih kuat meskipun tidak lagi menjawat jawatan paling penting di asrama pada masa ini.

Kekalahan Abbas iaitu pelajar Ting 4 kepada Faruki pula membuktikan bahawa pelajar Ting 4 paling kuat itu masih lagi tidak mampu menumbangkan pengaruh Faruki dan pelajar Ting 5 yang lain di asrama ini.
Ketika ini sudah ramai pelajar setingkatan dengannya sudah menjauhkan diri dari Abbas kerana mereka tahu tiada gunanya untuk mereka berkawan dengan orang yang tewas.

Ejoy, Farid dan beberapa orang pelajar Ting 4 yang lain mula berasa risau jika dibuli oleh Faruki kerana mereka di anggap sebagai orang yang paling kuat mendokong Abbas sebelum ini.Jika Abbas menang pasti lain ceritanya dan bolehlah mereka mendabik dada.

Bagi penghuni asrama junior pula kemenangan Faruki membuatkan mereka terpaksa terus bertahan dengan kekejaman Faruki dan kawan-2nya yang lain.Meskipun Fatih Hamzi yang memegang jawatan ketua asrama ketika ini, namun pengaruh Faruki yang semakin kuat terus menengelamkan namanya sebagai orang paling berkuasa di asrama ini.

Namun berita itu masih tidak sampai ke pengetahuan Aakif dan Hakimi, dua alumni sekolah yang dilantik sebagai warden sandaran di sini. Tiada sesiapa yang berani menyampaikan perkara itu kepada mereka berdua.Untuk sampai ke pengetahuan Cikgu Wafi lagi jauh sama sekali,kerana ketua warden itu sedang berbulan madu bersama pasangannya.

"Iki, boleh kita talk kejap?", Ucap Fatih Hamzi ketika menemui rakan setingkatannya itu.

"Mesti lah boleh.Ketua asrama kot, takkan aku nak lawan."Sindir Faruki ketika itu.

"Aku tahu Iki kau ada fight dengan Abbas baru-2 ni.Tapi stop lah Iki, kekerasan macam ni takde gunanya, takkan bertahan lama." Kata Fatih Hamzi.

"Aku anak jantan Fatih.Orang ajak bertarung aku sambut.Takkan orang cabar aku lepas tu aku nak diam. Bukan anak jantan la aku macam tu." Jawab Faruki.

"Iki, aku taknak junior aku pandang aku lemah.Aku tak kacau kau Iki, kau buat lah apa kau nak buat kat asrama ni.Tapi tolong jaga nama aku jugak." Jawab Fatih lagi.

Faruki ketawa mendengar perkataan yang diucapkan oleh Fatih ketika ini. Kata-2 Fatih memang mencuit hatinya.
"Sepatutnya kau tak payah terima jawatan tu kalau kau taknak malu." Balas Faruki ketika itu.

"Macam ni lah Fatih, kau pegang je jawatan tu, aku taknak.Aku takkan kacau hidup kau kat sini, tapi kau jangan kacau aku.Aku takkan pukul budak lagi kat asrama ni, aku takkan bergaduh dengan sesiapa selagi aku tak dicabar dan rasa tercabar.Tapi aku bebas untuk panggil sesiapa je yang aku nak jumpa pada bila-2 masa? Deal? ", Kata Faruki kepada Fatih.

"Okay kalau macam tu kita deal.Aku tak kacau kau, kau pun tak kacau aku. Paling penting kau jangan sentuh budak asrama ni tanpa sebab." Jawab Fatih dengan nada yang berat.Tiada apa yang boleh dia lakukan.Hendak bergaduh pun dia bukanlah tandingan Faruki.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now