Dalam keadaan yang tidak disangka oleh sesiapa,Fatih dilantik sebagai ketua asrama bagi menggantikan Faruki yang digugurkan dari jawatan tersebut.Jawatan ketua asrama sememangnya menjadi idaman mana-2 pelajar senior di asrama. Penguguran Faruki dari jawatan tersebut dan perlantikkan dirinya selaku ketua asrama yang baru memang mengejutkan.
Fatih sebenarnya berasa amat bangga apabila dipilih untuk menjawat jawatan ini.Dia sebolehnya mahu menjerit kegembiraan ketika nama dia diumumkan,namun dia terpaksa menahan dirinya demi menjaga hati Faruki,rakan setingkatannya dan juga mantan ketua asrama sebelum ini.
Pada malam selepas dia dilantik sebagai ketua asrama,dia mendapat berita yang memeranjatkan apabila mengetahui bahawa Kamal, pelajar Ting 4 di pukul oleh Faruki di dalam bilik.Fatih segera menuju ke bilik tersebut apabila mendengar khabar berkenaan.
Shakir Razak selaku Tim Ketua Asrama dilihat berusaha menenangkan Faruki ketika itu. Keadaan Kamal ketika itu teruk juga sehingga dia terpaksa dipapah oleh beberapa penghuni bilik yang lain. Ketika itu beberapa kali juga Faruki menghamburkan kata-2 kesat dan makian,mungkin kerana terlalu gerak dan tidak berpuas hati.
Fatih menghampiri Faruki untuk bertanyakan keadaan sebenar, namun entah mengapa Faruki memarahi dirinya.Dengan nada yang marah Faruki mengatakan bahawa Fatih tidak layak untuk menggantikan tempatnya selaku ketua asrama yang baru.
Dalam masa yang sama juga Faruki mencabar Fatih untuk one by one dengannya untuk menentukan siapa yang lagi hebat bertarung untuk di angkat sebagai ketua asrama,namun Shakir menghalang idea itu.Fatih juga seperti tidak berminat menerima cabaran dari Faruki sebelum dia berlalu pergi.
Bukanlah Fatih takut sebenarnya untuk menerima cabaran dari Faruki.
Dia ke sana sebelum ini untuk mendapatkan gambaran sebenar mengapa Kamal di pukul,namun dia menerima penghinaan dan ejekan dari Faruki apabila dia tidak menerima cabaran tersebut. Sebenarnya Fatih tidak berminat melakukan perkara yang sia-2. Tahu lah dia yang sebenarnya Faruki sebenarnya marah dan kecewa apabila jawatannya digugurkan pada malam itu.Keesokannya ketika dia berada di dewan makan,dia ada mendengar berita yang sebilangan pelajar Ting 4 yang diketuai oleh Abbas merancang untuk menyerang Faruki bagi membalas dendam untuk Kamal. Fatih tidak mahu ada pergaduhan berlaku apatah lagi pada hari-2 awal dia dilantik sebagai ketua asrama.
Dia secara senyap menemui Abbas dan berbincang dengan pelajar Ting 4 mengenai perkara itu.Meskipun Abbas merupakan pelajar yang bermasalah,dia amat menghormati Fatih kerana keperibadian Fatih yang tinggi.Dia menerima nasihat dari Fatih supaya tidak meneruskan hasratnya untuk menyerang Faruki ketika berada di kawasan sekolah atau asrama.
"Habis kalau aku tubi dia kat luar boleh ke bang?", Soal Abbas kepada Fatih ketika itu.
"Kalau kat luar itu kau punya masalah.Tapi jangan nak buat benda ni dalam asrama dan sekolah.Kau kena ingat Fatih,kau tu dah sampai tahap last warning dah sekarang ni. Kalau jadi apa-2 kau nak sekolah kat mana? Apa-2 kau setle luar je dengan dia." Balas Fatih ketika itu.
Namun perkara itu tidak berhenti di situ sahaja.Ketika ini hampir setiap hari Fatih mendengar cerita yang Faruki memerli dan mengumpatnya. Fatih buat tidak endah sahaja namun sebagai seorang manusia sudah pasti dia juga mempunyai had kesabaran.
Di saat Faruki terus menghina dan mencabarnya,Fatih masih berusaha tenang dan sabar seperti biasa.