P158 : RINDU

218 8 2
                                    

"Saya berdebar la nak ke pejabat esok."Kedengaran suara manja Mawaddah dalam panggilannya ketika ini bersama Sam.

Petang tadi Mawaddah antara yang dihubungi oleh Cikgu Wafi berkenaan kejayaan mereka mendapat tempat untuk bekerja di Dusun Sahabat.
Mereka akan mula bekerja pada minggu hadapan, bagaimanapun Wafi meminta mereka berempat hadir esok untuk taklimat.

"Kenapa awak nak berdebar pulak. Awak rileks je takkan ada apa-2 yang jadi pada awak." Pujuk Sam ketika itu.

"Awak takpelah awak dah biasa.Saya seram dengan bos yang interview saya hari tu.Macam garang je dia." Luah Mawaddah mengenai pengalaman temuduganya bersama Wafi.

"Dia muka je macam tu.Tapi dia okay. Dia Cikgu saya dulu kat sekolah." Kata Sam.

"Eh dia Cikgu ke? Ingatkan dia full time bos kerja kat situ.Awak umur berapa sekarang ni?", Soal Mawaddah kepada Sam.

"Saya umur 20.Awak pulak?", Soal Sam kembali.

"Awak ni tak jawab soalan saya pun. Betul ke dia Cikgu? Awak dulu sekolah mana? Awak kena panggil saya kakaklah sebab umur saya 22 tahun." Jawab Mawaddah sambil ketawa.

"Saya sekolah ni #$&#@&$.. Awak dulu sekolah mana? Eh betul nak kena panggil akak ni? Tak kisah ke takut orang fikir awak dah tua." Jawab Sam lagi sambil ketawa.
______________________________________
"Apa yang u fikirkan tu? Sayang ingat u lepak dengan Sam kat bilik dia. Dengar macam dia ada borak dengan orang siap ketawa lagi." Tegur isteriku Aida.Kedatangannya secara tiba-2 membuatkan aku terkejut.

"Dia sembang dengan kawan dia kot. I kat bawah dari tadi.Takde apalah sayang, cuma I tak tahu apa I buat kat Dusun Sahabat tu betul atau tidak." Jawabku ketika itu.

"Apa yang u dah buat?", Soal Aida kembali.

"I rombok semua jawatan.Ada 4 orang budak baru yang masuk nanti. 2 lelaki dan 2 perempuan.Sam pulak I letak kat dia tempat Khai dulu." Jawabku lagi.

"Kenapa? Apa u risau? U takut tak mampu bayar gaji? Elok juga Sam yang take over, lagi pun dia dah lama dengan u, tau apa kerja yang dia perlu buat." Kata Aida memujuk.

"I tak pernah ragui kemampuan Sam tu.Bukan pasal duit sayang.Tapi pasal kerjaya I.Perlu ke I terus jadi Cikgu ni sedangkan I dah ada tempat tu." Terangku lagi kepada Aida.

"Ouh, sayang ingat apalah tadi. Terpulang pada u sayang.Sayang tak kisah asalkan sayang bersama u." Jawab Aida lembut.

"Tapi sayang tak rasa tu punca utama u fikir lama kat sini." Kata Aida lagi selepas aku mendiamkan diri sekian lama.

"Hahaha.Kenapa? Ada sebab lain ke", Soalku kepada Aida.

"U rindu adik u kan? Kalau u rindu u pergi je jumpa.Sayang tak pernah halang pun.Ajaklah dia ke sini kalau boleh.Sejak kita tinggal sini adik u tak pernah pun datang." Kata Aida kepadaku.

"Takde apalah sayang. Sayang ni jangan fikir bukan-2.Sayang pun tahu kan dia duduk KL dah sekarang? Nanti dia free dia datang lah sini." Kataku kepada Aida.

"Sayang bukan bercakap pasal diri sayang.Sayang bercakap tentang diri U.If u miss Shazuan, pergi je tengok dia, sayang langsung tak marah. Kalau u nak stay 1 malam pun boleh." Kata Aida kepadaku.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now