P155 : REZEKI

223 10 2
                                    

"Pekerja baru tu menginap sekali dekat rumah rehat ke Wafi?", Soal Raja kepadaku.

"Itu belum pasti lagi Uncle,tengok keadaan macam mana.Kalau rasa dia nak berulang alik dari rumah ke sini kita tak boleh halang." Balasku ketika itu.

"Saya juga akan wujudkan tugasan dalam bidang landskap yang Pak Samad pegang sebelum ni.Dia jugak akan bekerjasama dengan Bang Isa dekat kebun nanti.Jadi saya harap Bang Isa dapat beri tunjuk ajar dan kerjasama yang baik dekat budak baru ni.Budak perempuan orang Rembau jugak.
Kerja yang Khai buat sebelum ni saya nak pecahkan.Untuk kerja di bahagian dewan saya nak letak 2 orang pekerja baru yang nama dia Aminul dan juga Najwa.Kedua mereka ini akan digandingankan untuk urusan tempahan dewan untuk sebarang majlis, dewan kuliah dan fasiliti yang ada dekat sini." Terangku kepada Raja dan Isa.

"Kira ramai juga ye pekerja baru kamu ambil Wafi.Bukan hari tu kamu kata seorang je ke?", Soal Bang Isa.

"Saya dah jarang dapat bagi tumpuan kat sini dah bang.Jadi setiap bidang tugas tu saya dah bahagikan dah ikut kesesuaian masing.

"Jadi Wafi, Aminul yang akan gantikan tempat Khai? Sam pula akan bertugas dekat mana? Atau dia pun akan berhenti kerja."Soal Raja kepadaku setelah lama dia mendiamkan diri.

"Sam berhenti memangku tempat Khai." Jawabku ringkas.

"Kenapa Wafi? Sam ada buat apa-2 kesalahan ke? Saya tengok dia buat kerja okay.Kalau tak faham dia cepat-2 tanya saya." Kata Raja dengan nada yang sedikit kecewa.

Sam dilantik terus ke tempat Khai mulai minggu depan Uncle Raja.Dia akan ketuai unit pengurusan Dusun Sahabat dari segi pentadbiran dan kewangan.Tapi saya minta Uncle Raja dan Bang Isa terus memberi tunjuk ajar kepada dia kalau ada perkara yang dia tak faham." Kataku kepada Raja sambil melemparkan senyuman.
______________________________________
Ruang makan ketika ini cukup riuh apabila kakitangan di sini mendapat tahu, Sam remaja yang berusia 20 tahun dilantik untuk mengetuai mereka di sini.Meskipun Wafi tidak memaklumkan perkara itu lagi, namun isi perbincangan antara Wafi, Raja dan Isa telahpun diketahui oleh mereka yang lain di sini.Isa yang membocorkan perkara tersebut.

Sam sebenarnya terperanjat mendengar berita itu, rasanya baru beberapa hari lepas Wafi memberitahunya mengenai kedudukannya di sini.Paling mengejutkan Sam apabila 4 orang dari 7 orang yang menjalani temuduga tempoh hari mendapat jawatan tetap di sini, kerana pada awalnya Wafi hanya merancang untuk mencari pengganti Khai.

Pemuda berusia 20 tahun itu juga berteka teki apakah Mawaddah antara mereka yang terpilih untuk bekerja di sini.Baru tadi mereka berdua bertukar no telefon.Sam sebenarnya ingin bertanya terus kepada Mawaddah yang dia ada dipanggil untuk bekerja di sini atau tidak,namun terlalu awal pula untuk dia bertanyakan perkara itu.

Namun Sam berasa risau juga jika soalan itu menimbulkan harapan untuk Mawaddah.Jika dia tidak dipanggil sudah pasti gadis bertubuh kecil itu kecewa kerana diberikan harapan palsu.Paling Sam bimbang adalah jika Mawaddah tidak mahu menghubunginya lagi selepas ini.

Sedang dia berfikir sendirian, suara Wafi mula kedengaran.Kata Wafi dia ingin membuat sedikit penguguman,
"Untuk makluman semua, akan ada sedikit rombakan jawatan di sini. Perkara ni saya akan maklum kemudian.Tapi sebagai makluman awal, Sam akan dilantik menggantikan tempat Khai sebagai ketua operasi di sini." Ucap Wafi yang disambut tepukan gemuruh dari kakitangan Dusun Sahabat yang lain.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now