P110 : PERSIAPAN

161 12 0
                                    

Tengahari Rabu di Dusun Sahabat ketika ini cukup sibuk.Beberapa orang kakitangan Dusun Sahabat sedang memacak khemah sebagai persediaan untuk Majlis Persandingan Wafi yang bakal berlangsung pada hari Sabtu.

Meskipun majlis persandingan itu berlangsung di dalam dewan, namun khemah tetap dipasang kerana bimbang jemputan yang hadir lebih ramai dari yang di jangka.Tambahan pula hanya satu majlis sahaja dibuat untuk kedua belah pihak.

Pak Samad,Khai dan Sam pula sibuk membuat pemeriksaan akhir terhadap semua bilik dan chalet yang bakal digunakan nanti.Bilik dan chalet di sini akan menjadi penginapan untuk keluarga Wafi dan Aida semasa majlis berlangsung nanti. Saudara mara dan kawan-2 mereka juga ada yang memilih untuk menginap di sini.

Mak Esah dan Maimun antara merupakan orang yang paling awal tiba untuk menginap di sini.Kehadiran Mak Esah disambut dengan mesra oleh Shazuan yang berada di sini.Mak Esah dan keluarganya akan ditempatkan di chalet yang terletak berhampiran sungai.

Wafi tiada di sini ketika ini kerana berada di Kajang untuk mengambil orang tuanya.Adik beradiknya yang lain pula akan datang ke sini esok. Meskipun dia sendiri sibuk, namun tanggungjawabnya pada kedua orang tuanya tidak sesekali dilupakan.

Selepas membantu Mak Esah untuk masuk ke dalam chalet, Shazuan kelihatan termenung seorang diri di suatu sudut.Dia hanya memerhatikan sahaja kakitangan yang lain bertungkus lumus menyelesaikan kerja mereka.Kepalanya kosong ketika ini.

Pak Samad yang ketika itu berada di tingkat 2 atas bangunan bilik yang lama hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku pemuda berusia 30 tahun itu.Dia tahu apa yang bermain di fikiran Shazuan ketika ini.Bukannya baru semalam Pak Samad mengenalinya.

Sama seperti Uncle Adnan,Pak Samad juga telah menganggap Shazuan dan Wafi sebagai anaknya sendiri.Begitu juga dengan kakitangan Dusun Sahabat yang lain.Lelaki yang berusia pertengahan 50 an itu merupakan orang paling lama bekerja di sini bersama Raja dan juga Isa.

"Pak Samad,apa Pak Samad tengok tu?", Soal Sam apabila melihat Pak Samad langsung tidak berganjak dari tempatnya tadi.

"Tengok Bang Wan kamu tu.Muka sugul je."Balas Pak Samad ringkas.

Shazuan kemudiannya bangkit dari pangkin yang dia duduk tadi dan menuju ke rumah rehat.Mungkin dia perlukan rehat sebentar untuk memulihkan moodnya.Sampai sahaja di dalam rumah dia terus masuk ke bilik dan tidur.

Akhirnya pada petang ini semua kerja-2 persiapan telah pun selesai. Khai ketika ini sudah mampu menarik nafas lega kerana semua bilik mampu digunakan.Bilik yang sebelum ini mempunyai masalah kerosakan kecil juga telah berjaya dibaiki hasil bantuan Pak Samad dan juga Sam.

Mereka bertiga kemudiannya menuju ke ruang makan untuk menikmati minum petang yang disediakan. Kakitangan yang lain juga berada di sini.Begitulah kehidupan di Dusun Sahabat,segala makan minum disediakan sepenuhnya secara percuma.Hanya di cafe sahaja mereka perlu membayar menggunakan wang mereka sendiri.

"Raja,kau dah bahagi orang belum untuk kerja malam ni? Rasanya dah ada tetamu yang datang malam ni." Soal Pak Samad kepada Raja yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan di sini.

"Sudah Samad kau jangan risau.Aku dah suruh yang kerja tunggu dekat pagar sampai pukul 2 pagi." Jelas lelaki berketurunan India itu.

"Khai kamu jangan lupa tugas kamu untuk agihkan kunci.Tunggu je dekat dalam pejabat.Borang kena tetap isi ya.Sam kamu jangan lupa bantu Khai."Arah Pak Samad dan kedua orang remaja tersebut menganggukkan kepalanya.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now