P112 : HATI ADIK

194 15 5
                                    

Wafi telah pun sampai di Dusun Sahabat bersama Aida dan ahli keluarganya yang lain.Seperti yang dijangka Pak Samad awal tadi, Dusun Sahabat yang sebelum ini sunyi beberapa hari kembali meriah pada malam ini dengan kehadiran jemputan dari kedua belah pihak yang bermalam di sini.

Sudah pasti ahli keluarga kedua belah pihak mengambil kesempatan dan memanfaatkan peluang yang ada untuk bermalam di sini.Mereka kini berada di Dusun Sahabat yang dikenali sebagai tempat yang menarik dan indah untuk dikunjungi.Untuk mereka yang kali pertama hadir ke sini pasti terpegun dengan keindahan dan kebersihan tempat ini.

Beberapa orang kawan Wafi dari sekolah Rembau dahulu juga telah tiba di sini seperti Nizam, Zul dan Azizi.Namun mereka tidak berkesempatan lagi untuk berbual dengan Wafi kerana bakal raja sehari itu sibuk melayan ahli keluarganya yang lain.

Khai dan Sam pula sedang sibuk memberikan kunci dan mengatur bilik buat kesemua tetamu yang hadir.Mereka perlu memastikan jenis bilik atau chalet yang diberi adalah betul dan seperti yang telah disenaraikan oleh Wafi sebelum ini.

Untuk ahli keluarga terdekat bagi kedua belah pihak serta jemputan kas akan diberikan penginapan di chalet yang mengadap sungai.Bekas kakitangan pula akan bermalam sekali di rumah rehat manakala bagi saudara mara dan kawan-2 kedua belah pihak akan diberikan bilik yang terletak di bangunan lama dan di bangunan baru yang menempatkan dewan tertutup.Dewan tertutup itu lah nanti yang bakal menjadi lokasi utama majlis persandingan Wafi pada Sabtu ini.

Shazuan masih membawa dirinya ketika ini, dia sedang melepak di pangkin, tempat selalu Wafi merokok.
Kekasihnya Azmira akan tiba tengahari esok.Manakala Shauki ketika ini dalam perjalanan dari KL dan Khairol juga baru mendarat di KLIA.Sudah lama Shazuan tidak bertemu dengan kedua orang kawan baiknya itu.

Pak Samad dan En Firdaus dalam senyap-2 menuju ke arah Shazuan yang sedang berseorangan ketika ini.
Kehadiran mereka berdua mengejutkan Shazuan yang ketika itu mengelamun jauh.
"Terkejut saya Pak Samad.Ingatkan ada harimau belang tadi."Luah Shazuan ketika itu.

"Kamu okay tak Shazuan? Sejak saya datang kamu selalu termenung je." Soal En Firdaus kepadanya.

"Saya okay je En Firdaus.Hahaha sebab penat lah tapi serius saya okay je." Jawab Shazuan.

"Shazuan, esok hari bahagia abang kamu.Jangan tunjuk sangat kamu bersedih,takut bang Wafi kamu rasa bersalah." Ucap Uncle Adnan ketika itu.

"Betul tu Wan.Saya faham apa yang kamu rasa.Tapi jangan tunjuk sangat muka sedih macam tu." Celah En Firdaus lagi.

"Takde lah Pak Samad.Saya okay je. Takde sedih pun pasal dia nak nikah ke apa." Jawab Shazuan lagi.Dia masih cuba menyembunyikan apa yang dia rasakan ketika ini.

"Hubungan korang berdua akrab sangat.Tak payah lah kamu nak tipu orang yang makan garam dari kamu Wan.Kamu jangan lupa yang kamu kena ada masa abang Wafi kamu akad nikah nanti." Kata En Firdaus.

"Hmm saya ada je esok En Firdaus, Pak Samad.Takkan lah saya nak lari masa bang Wafi akad nikah nanti." Jawab Shazuan dengan senyuman tawarnya.

"Kamu kena ada nanti Shazuan.Kesian kat abang Wafi kamu sorang-2 nanti." Ucap Pak Samad.

"Pak Samad rasa kalau bang Wafi dah nikah, dah ada keluarga, dah ada anak-2, dia akan lupakan saya ke?", Soal Shazuan secara tiba-2 dengan suara yang serak.

"Mustahil, dia lah abang yang paling sayang kamu dekat dunia ni." Jawab Pak Samad.En Firdaus yang berada di sebelahnya menganggukkan kepala.

GURU 2023 (JILID 1)Where stories live. Discover now