Aku berada di pejabat urusan Dusun Sahabat ketika ini.Pagi Sabtu ini tempat ini sudah meriah dengan kehadiran pengunjung dari luar termasuk rombongan dari sebuah sekolah di Kajang yang sudah menginap di sini dari semalam.
Pak Samad,Isa dan beberapa kakitangan yang lain sudah mula melakukan tugas masing-2.Cafeteria juga dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang mengambil kesempatan untuk bersarapan di sini.
Suara riang dari sungai mula memecahkan kesunyian pada pagi ini di Dusun Sahabat.Khai masih lagi sedang lena tidur di atas katil di dalam bilikku.Dia masih tidak sihat dan memerlukan masa untuk bertenaga kembali.Sebelum aku keluar tadi sempat juga aku memeriksa keadaannya, demamnya semalam sudah beransur kebah dan kemungkinan esok dia akan pulih sepenuhnya.
Buat masa ini biarlah dia berehat terlebih dahulu.Sepanjang dia bekerja di sini,dia jarang mengambil cuti kecuali atas urusan keluarga atau peperiksaan di kolejnya.Aku berharap apabila dia sudah pulih,dia kembali bertenaga seperti dahulu.
Semalam aku tidur di katil single manakala Khai tidur seorang diri di katil queen yang selalu aku gunakan. Aku tidak mahu menganggunya ketika dia tidak sihat.Tambahan pula aku pening memikirkan masalah yang dia hadapi meskipun aku telah memberi kata putus kepadanya berkenaan masalah yang dia hadapi.
Ikutkan hati mahu sahaja aku tidur memeluknya semalam.Aku juga agak ghairah apabila melihat punggung padatnya diarah kepadaku.Namun aku terpaksa memendam nafsuku kerana aku tidak mahu perkara itu dijadikan alasan untuk dia berhenti kerja di sini dengan segera.
"Dah elok Khai tu Wafi?", Soal Pak Samad kepadaku sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat.
"Belum lagi Pak Samad.Semalam masa bawak keluar cari bubur tengok macam dah okay.Tadi rasa badan dia masih panas lagi."Jawabku kepada soalan Uncle Adnan.
"Ada kamu suruh Khai tu mandi Wafi? Mana tahu selepas mandi badan dia segar semula."Kata Pak Samad sambil mengutarakan cadagannya.
"Nanti lah saya suruh dia mandi Pak Samad.Saya tak terfikir pulak pasal tu."Jawabku jujur.
"Kalau Khai tu tak larat kamu lap je badan dia Wafi.Macam mana nak sembuh kalau tak mandi.Diri pun tak segar."Kata Pak Samad lagi.
"Alamak segan pulak saya Pak Samad nak tuam badan Khai tu."Balasku ketika itu.
"Apa yang kamu nak segankan Wafi? Dia lelaki kamu lelaki. Lain lah kalau dia tu perempuan kamu tu lelaki."Jawab Pak Samad bersahaja.
"Masalah dia tu kamu dah tahu ke belum?", Soal Pak Samad lagi kepadaku.
"Tahu dah Pak Samad.Dari awal tahun lagi saya dah dapat rasa macam ada yang tak kena.Itu hari saya ada sembang dengan Shazuan pasal ni.Tak sangka pulak betul-2 terjadi."Jawabku ketika itu.
"Jadi apa keputusan kamu?", Soal Pak Samad sambil memandang wajahku.
______________________________________
"Nampak ayah makin teruk ni." Bisik Wahab ke telinga Shazuan ketika ini.
Wahab dan Maimun balik ke kampung untuk menziarahi ayahnya yang sakit ketika ini."Tu lah bang.Saya pun rasa makin teruk." Jawab Shazuan dengan suara yang perlahan.
Sejak Uncle Adnan dan Mak Esah kembali ke kampung,Shazuan lah yang menjaga mereka berdua.Pada Shazuan mereka berdua sudah dianggap seperti ibu dan ayahnya sendiri.Mana tidaknya,selepas kedua orang tuanya meninggal dunia akibat kemalangan,Uncle Adnan dan Mak Esah la yang banyak membantu dan menjaga Shazuan sehinggalah dia berjaya pada hari ini.