"Khai,busy ke?", Soal Sam ketika menegur kawan baiknya itu yang berada di gazebo.
"Takde lah, aku tengah reply wasap ibu aku ni..Nape Sam?", Balas remaja berwajah tampan itu.
"Saje je aku nak ajak borak. Nak masuk bilik kau sekarang dah tak boleh,Cikgu Wafi ada.Mesti dia banyak borak dengan kau punya." Kata Sam lagi.
"Hahaha mengarut lah kau.Kitorang dalam bilik jarang borak.Lagipun dia selalu otp dengan tunang dia." Jawab Khai lagi.
"Oh,aku ingat aku sorang je yang rasa Cikgu dah lain.Rupanya kau pun sama."Kata Sam lagi.
" 4 bulan lagi Sam,mesti banyak benda dia kena prepare.Aku pun tak tahu nanti dia stay mana.Kalau dia stay sini kita kena keluar lah kan? ", Soal Khai pula.
"Bakal bini dia akauntan kot,
mustahillah nak duduk dalam hutan ni", Jawab Sam sambil tertawa kecil."Syafiq dengan bang Wan mana Sam?", Tanya Khai lagi.
"Entah,pagi-2 dah hilang.Turun KL la tu.Cikgu Wafi tadi aku perasan ada je kat opis." Jawab Sam ringkas.
"Apa pandangan kau Khai pasal adik beradik angkat ni?", Soal Sam pula setelah Khai mendiamkan diri.
"Dah kenapa kau tanya aku? Tanyalah diri kau sendiri.Kau kan adik angkat bang Fazreen dulu.." Balas Khai sambil ketawa.
"Butoh la kau.Kau pun apa kurang cibai.Bersepah abang angkat.." Balas Sam pula.Sam dahulu merupakan adik angkat kepada Julia.Disebabkan itu Fazreen juga menjadi abang angkat kepada Sam kerana Fazreen dan Julia merupakan pasangan kekasih.
"Aku tak melayan, dorang yang syok sendiri. Macam kau lain, kau layan." Jawab Khai sambil tersenyum sinis.
Khai sewaktu di asrama dahulu juga mempunyai peminatnya sendiri. Ramai juga pelajar wanita yang mahu mengambilnya sebagai adik angkat ataupun abang angkat.Begitu juga dengan dengan para seniornya di asrama ketika itu,namun Khai enggan melayannya."Serius ni,aku tanya pendapat kau," Soal Sam lagi,wajahnya kini dalam keadaan serius.
"Entahlah Sam,aku rasa benda ni semua macam mengarut je.Tapi lepas dapat tau yang Bang Wan tu rupanya adik angkat Cikgu Wafi dari zaman sekolah,tiba-2 aku rasa lain pulak. Mungkin pasal Cikgu Wafi dengan Bang Wan tu terjadi sekali dalam seribu kot."Kata Khai memberikan pandangannya.
"Kenapa pulak kau fikir macam tu?", Soal Sam lagi,dia ingin mendapatkan kepastian dari kawan baiknya itu.
"Entahlah.Macam kau dengan Fazreen,habis sekolah je lost contact. Banyak lagi contoh yang lain.Tapi Cikgu Wafi dengan Bang Wan memang lagend la sebab sampai sekarang.Siap ada bisnes bersama. Mungkin bergantung pada niat kot", Jelas Khai lagi.
"Pandangan kau dengan Bang Wan dengan Syafiq?", Soal Sam lagi.
"Kalau kau tanya aku,aku tengok macam Fake je.Syafiq tu macam terpaksa layan,pada pandangan aku lah.Tak tau betul ke tak." Jawab Khai lagi sambil membalas wasap ibunya.
"Maksud kau Syafiq terpaksa terima Bang Wan? Sebab apa kau fikir macam tu Khai?", Soal Sam.
"Haah.Sebab cara Bang Wan layan lain,cara Cikgu Wafi layan lain. Aku rasa Syafiq lagi suka kalau Cikgu Wafi yang jadi abang dia.Kalau aku pun, aku pilih Cikgu Wafi dari Bang Wan.
Lagipun Cikgu Wafi tu jenis steady dengan cool even muka dia nampak bengis", Balas Khai."Ouh maknanya kau ada minat la kat Cikgu Wafi?", Tanya Sam kembali sambil ketawa.Dia tidak menyangka yang Khai ada memasang minat untuk menjadikan Cikgu Wafi sebagai abang angkatnya.
"Hahaha tadi kau kata suruh aku bagi pandangan.So itulah pandangan aku." Jawab Khai sambil ketawa.